Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap.

Loading...

Untitled design 2 4 1 - Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap.

Sedapnya Karipap Homemade Kentang Daging & Telur Rebus ni. Kulitnya yg rapuh serta inti yg enak menjadikan ia sbg hidangan minum petang yg sangat sempurna. Bg anda yg gemar mkn karipap, resipi Karipap Kentang Daging & Telur Rebus perkongsian saudari SuRiani Rahim ni blh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yg diperlukan.

RESIPI KARIPAP KENTANG DAGING & TELUR REBUS

BAHAN KULIT KARIPAP:

  • 1kg tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak masak – panaskan sekejap
  • 3 sudu mkn marjerin
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air secukupnya

BAHAN INTI:

  • 15 biji ubi kentang – kupas kulit & potong dadu
  • 100gm daging – potong nipis & kecil
  • 2 paket kecil rempah kari
  • 10 tangkai cili kering – kisar halus
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • 1-2 tangkai daun kari – hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya – jika perlu
  • Minyak utk menumis
  • Telur rebus – dibelah empat

12310633 1073373922703340 8103166906808226419 n - Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga wangi dan garing.
2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi sehingga garing. Daging blh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.)
3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air.
4. Masak inti sehingga kentang dan daging empuk. Pdmkan api dan sejukkan inti.

12346462 1073373969370002 8530300185103926644 n - Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap.
5. Utk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.

12316108 1073373946036671 5594346976201568097 n - Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper.
8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.

12250058 1073373906036675 2278331262473223214 n - Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap.

12294880 1073373856036680 4841719669310922735 n - Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap.
9. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan sedia utk dinikmati.

12316387 1073373809370018 3699322388154493820 n - Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap.

Kredit resipi & foto: SuRiani Rahim

Loading...

Tags: #Buat #Cara #Daging #Karipap #Kentang #Rebus #Sedap #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yg Sedap."