Cara Buat Ekstrak Pandan Asli Secara Homemade Lagi Selamat Dan Mudah

Loading...

Salam semua,Dah penghujung bulan 1 dah. Tak lama nak  masuk bulan 2  dah. Nak masuk Thn Baru Cina dah. Cuti sekolah pun dak lama dah ni.  Macam mana azam korang dah tercapai tak. Ke situ pulak kan. 
Lama rasanya tak share resepi yg homemade, maklumlah jarang- jarang nak buat jenis homemade, mood kemalasan pun ada jugak. Hari itu, sebab nak buat agar -agar pandan, nak bawa ke rumah mak saudara, kami ada mkn – mkn,  gigihkan diri juga nak buat homemade ekstrak pandan asli. 
Sebab utamanya nak dapatkan pewarna dan bau yg asli. Sebelum ni dah ada post kat sini. Kali ini post sebab dah buat video hii. 
Buat secara homemade ni sambil bereksperimen macam seronok la jugak. Siapa ada tanam pokok pandan banyak – banyak blh cuba buat. Kalau nak simpan dlm peti blh tahan seminggu, nak simpan lama takut jadi lain.
Biasanya kalau macam dah lama sangat macam tak tahu nak buat kuih apa, memang simpan dlm peti beku, tapi simpan dlm peti beku, ekstrak pandan ni jadi macam terasing. Blh jerr guna tak ada masalah. 
Gambar tak ada lupa nak snap, shoot video jerr hii, korang blh tonton di my youtube channel ya. 

Cara Buat Ekstrak Pandan Asli Secara Homemade Lagi Selamat Dan Mudah 
Bahan – bahan 
25 helai daun pandan 
2 cawan air 
Cara – cara 
1.Daun pandan dibasuh bersih dan dipotong kasar  .. ikut macam mana suka.kalau nak lagi cepat halusnya semasa tengah blend, potonglah halus daun pandan
2. Masukkan daun pandan yg dipotong ke dlm blender dan masukkan air
3. Blend sehingga halus
4. Tuangkan ke dlm penapis dan perah keluar air daun pandan tadi
5. Kemudian, tuangkan ke dlm bekas lain, masa ni air daun pandan hijau tua pekat, simpan dlm peti semalaman
6.Lepas semalaman baru nampak ada 2 lapisan terjadi yg atas jernih yg bawah hijau tua pekat, klorofil hijau tu dah turun menjadi lapisan bawah,yang tu lah kita nak guna
7. Ambil bekas lain, tuangkan dgn berhati-hati utk bahagian yg jernih, jangan buang air ni ya dah bau macam esen pandan blh buat nak ganti air biasa nak masukkan ke dlm adunan tepung nak buat kuih macam onde-onde ke, apam ke,kuih ketayap ke rugi kalau buang
8. Akhirnya ekstrak daun pandan yg berwarna hijau tua dah dapat, blh simpan dlm peti, sesuai kalau buat utk kek chiffon dan juga kuih -muih lain yg berasaskan daun pandan

Nota 
1. Blh simpan dlm peti bawah dlm 2 minggu, sementara tunggu nak guna. bau masih ok tak ada masalah. Simpan dlm peti beku lagi selamat tapi dah jadi terpisah nampak tak cantik. Tapi ok jer blh guna lagi
2. nak buat ekstrak pandan, daun pandan kena banyak dan sukatan utk air sikit, sebab kita nak ambil pati tu, kalau pandai nak buat anggaran sendiri pun tak apa,,tapi jangan terlampau banyak air nanti tak jadi pula
3. simpan semalaman dlm peti dah nampak dah 2 lapisan terjadi, tapi  kalau nak lama sikit simpan 2 malam lagi jernih sikit air lapisan atas tu

Loading...

Tags: #Asli #Buat #Cara #Ekstrak #Homemade #LAGI #Mudah #Pandan #SECARA #Selamat

author
Author: 
    Kokos Jiang Alias Kokos Leo Lim Mafia Koruptor Yg Merugikan Negara Rp 477 Milyar
    Jakarta, Infokanlah.com  Kokos Jiang atau juga dikenal Kokos Leo Lim merugikan negara Indonesia
    Cikgu Izzudin sudah tiada…
    “SAYA minta maaf. Sesiapa yg sudah membuat bayaran utk tempahan tag nama, saya
    Ibu bapa beratur sendiri beri hadiah kepada murid sempena Hari Apresiasi
    Setiap kali menjelang hujung thn, kesibukan sekolah menganjurkan majlis apresiasi kepada murid-murid mereka
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di

    Leave a reply "Cara Buat Ekstrak Pandan Asli Secara Homemade Lagi Selamat Dan Mudah"