Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap, Tiada Lemak & Tanpa MSG.

Untitled design 3 1 4 - Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap, Tiada Lemak & Tanpa MSG.

Makanan segera sejuk beku seperti nuget ayam, daging burger, sosej dan sbgnya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, blh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yg terkandung juga blh menyebabkan berat badan anda naik! TIDAK!!! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah blh mkn tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Faizah ni. Pasti puas hati.

CARA BUAT DAGING BURGER HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu mkn mentega bergaram (salted butter)
  • 1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)

  • 1 sudu teh serbuk blada hitam
  • 1 sudu teh mixed herbs
  • 500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yg dah dipotong kecil

CARA MEMASAK:

1. Kisar telur sampai berbuih.

2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.

3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi sehingga halus.

16143141 10154882991358864 628432128297055025 n - Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap, Tiada Lemak & Tanpa MSG.

4. Keluarkan bahan kisar dr blender dan masukkan dlm acuan utk bentuk kepingan daging burger. (lapik acuan dgn plastik yg dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dlm peti sejuk beku.)

16003196 10154882991458864 3457519597275273002 n - Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap, Tiada Lemak & Tanpa MSG.

5. Utk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, blh terus masukkan daging yg dah bentuk tadi ke dlm freezer dlm 1 jam. Dah keras sikit, blh ambil dan simpan dlm bekas bersesuaian.

ATAU

6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar utk lekatkan daging dgn elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian blh terus bungkus utk sejukbekukan.

16143235 10154882991568864 2094074958661410232 n - Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap, Tiada Lemak & Tanpa MSG.

NOTA: Kalau yg suka masin, blh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.

Kredit resipi & foto: Sue Faizah

Komen anda

Loading...

Tags: #Buat #Burger #Cara #Daging #Homemade #Lemak #MSG. #Sedap #TANPA #Tiada

author
Author: 
    Kerabu Kaki Ayam Thai
    Kerabu Kaki Ayam ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan200 gm kaki ayam1 inci
    Daging Selasih Thai
    Daging Selasih ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan500 gm daging lembu cincang1 batang
    Ini 5 Mitos Tentang Mknan Frozen Korang Perlu Tahu.
    Sekarang ini mknan frozen sangat membantu memudahkan kerja penyediaan mknan, sebab itulah ia
    5 Cara Bezakan Halia dan Lengkuas, Jangan Silap.
    Bagi yg sudah biasa memasak, mesti kenal  dan blh bezakan halia dan lengkuas. 

    Leave a reply "Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap, Tiada Lemak & Tanpa MSG."