Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

Loading...

Untitled design 1 - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, hidangan Burger Prosperity ni antara yg ditunggu-tunggu. Bg anda yg nak cuba buat sendiri burger ni di rumah, saudara Farid Sham Qaseh Pakcik ada kongsi resipinya. Mudah je. Jom cuba.

RESIPI BURGER PROSPERITY HOMEMADE

26239551 2080980218585115 2044792014806009424 n - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

BAHAN PATTY DAGING:

  • 2kg daging kisar
  • 300gm serbuk roti
  • 3 biji bawang holland – kisar halus tanpa air
  • 1 sudu mkn oregano
  • 1 sudu mkn basil
  • 1 sudu mkn (rata) serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu mkn serbuk lada putih
  • 1 sudu mkn serbuk perasa ayam
  • 3 sudu mkn sos tiram
  • 2 cubit garam

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Timbang berat patty ikut kegemaran masing-masing. Biasanya sekeping patty seberat 70gm. Jika suka yg tebal, blh timbang 90gm sekeping.
  3. Bentukkan ikut saiz yg digemari.

24302275 2031258783557259 181130013202772684 o - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

Nota: Jika buat dlm jumlah yg sedikit, blh bahagikan jumlah bahan ikut berat daging kisar yg digunakan.

BAHAN SOS LADA HITAM:

  • 1/2 biji bawang besar Holland – hiris halus @ kisar guna food processor.
  • 2 hirisan mentega
  • 1 sudu mkn biji lada hitam – dikisar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu mkn kicap pekat
  • 2 sudu mkn sos lada hitam
  • Serbuk pati ayam secukupnya
  • 1 cawan air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan mentega dlm kuali dan masukkan bawang Holland. Tumis sehingga wangi dan agak kekuningan.

17626380 1732041690145638 1903014687244354823 n - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

2. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi.

17635337 1732041756812298 5996672226986452156 o - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

3. Seterusnya masukkan tepung gandum. Perlahankan api. Gaul sehingga sekata supaya tepung tidak berketul-ketul.

17632407 1732041830145624 3863938649924988783 o - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

4. Gaul lagi dan sampai jadi seperti dlm gambar di bawah ini.

17522837 1732041956812278 6917114248500836415 n - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

5. Masukkan air. Blhlah tambah serbuk pati ayam, kicap pekat dan sos tiram. Blh juga tambah susu full cream, sos tomato dan sos jika utk rasa pedas dan masamkan lagi sos. Blh tambah ikut citarasa. Dlm peringkat ni, pelbagai cara anda blh ‘try & error’ utk menyedapkan lagi sos.

17554258 1732042090145598 4816564958488269404 n - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

17457682 1732042233478917 7950530140714461918 n - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

17621901 1732042356812238 959526752900556220 o - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

7. Sentiasa kacau sos supaya tidak berketul. Bila sos mendidih, ia akan menjadi lebih kental dan pekat. Jika tidak pekat, blh tambah bancuhan tepung jagung.

17635329 1732042473478893 6997717983737730366 o - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

CARA MENYEDIAKAN BURGER PROSPERITY

BAHAN-BAHAN:

  • Patyy daging burger
  • Sos lada hitam
  • Bawang Holland- dihiris
  • Roti oblong

CARA MEMASAK:

1. Masak daging burger sehingga keperangan dan masak sepenuhnya.

26231451 2080980368585100 3419081485229316403 n - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

26734181 2080980401918430 3773856090405204317 n - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

2. Celupkan ke dlm sos lada hitam dan letakkan atas roti.

26758230 2080980498585087 8660326438812483070 o - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

3. Tabur hirisan bawang Holland dgn secukupnya.

26951736 2080980335251770 7160633858630601059 o - Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade

4. Sedia utk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Farid Sham Qaseh Pakcik

Komen anda

Loading...

Tags: #Buat #Burger #Cara #Daging #Homemade #Prosperity #SECARA

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Buat Burger Prosperity Daging Secara Homemade"