Bahan-bahan
1 kg ikan bilis
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Nisæ/gula melaka/manisan
Cara-cara
-
Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
-
Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas utk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
-
Gaulkan ikan bilis dgn asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
-
Masukkan nisæ/gula melaka dan gaul rata.
-
Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dlm bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat sehingga habis. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.
-
Tutup permukaan bekas dgn kain kasa (lampin bayi pun blh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dgn penutupnya dgn ketat.
-
Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau sehingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini blh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau.
-
Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan dlm peti sejuk.
Petua:
Sukatannya ikut gelas yg digunakan: Kalau 3 gelas bilis, 1 gelas garam
Sukatannya ikut gelas yg digunakan: Kalau 3 gelas bilis, 1 gelas garam