Cara Buat Biskut Mazola Mudah & Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

untitled design 9 3 11 12 674168 1 - Cara Buat Biskut Mazola Mudah & Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bg anda yg masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yg enak, resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ini salah satu yg perlu dicuba.

RESIPI BISKUT MAZOLA

31433343 2450590594967057 3706581515459624960 n - Cara Buat Biskut Mazola Mudah & Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
  • 1/2 cawan gula icing – diayak
  • 2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
  • 1 cawan minyak jagung

BAHAN HIASAN:

  • Kuning telur secukupnya
  • Kacang tanah goreng secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.

2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan sehingga jadi doh yg blh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.

3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar sehingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pd ketuhar masing-masing.

31297549 2450590654967051 5849873322623369216 n - Cara Buat Biskut Mazola Mudah & Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

4. Jika nak buat byk, gandakan adunan. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Suzi Yanti Md Hane


Loading...

Tags: #Bahan #Biskut #Buat #Cara #Guna #Hanya #Mazola #Mudah #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.