Cara Buat Bawang Goreng Sedap dan Tak Pahit, Ini Petuanya

Loading...

cover 34 1 - Cara Buat Bawang Goreng Sedap dan Tak Pahit, Ini Petuanya

Apalah ertinya hirup sup panas tanpa ditaburi bawang goreng. Kan? Bawang goreng selalu kita buat sbg pelengkap pd hidangan. Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng. Kalau buat nasi minyak pun, mesti letak bawang goreng. Selain menambah selera, aroma pun semakin wangi.

Hari ini RASA kongsi resipi membuat bawang goreng lebih rangup dan tahan lama. Resipi ini adalah drpada Puan Nooriah Abdullah.

1 28 1 - Cara Buat Bawang Goreng Sedap dan Tak Pahit, Ini Petuanya

BAHAN-BAHAN

1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula utk perasa
Minyak secukupnya utk menggoreng

CARA MEMASAK

1) Bawang merah dan putih yg telah dihiris perapkan dgn tepung jagung, garam dan gula.
2) Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3) Panaskan minyak agak byk utk tenggelamkan bawang kita.
4) Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dlm minyak.
5) Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6) Gorenglah sehingga habis .

TIP MENGGORENG

Tujuan letak bawang putih adalah utk merangupkan bawang goreng. Semasa menggoreng jangan sampai terlalu kuning di atas api sebab apabila kita angkat bawang tu akan lebih kuning. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning di dlm minyak, apabila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya. Sedap diratah kalau yg homemade ni rangup krup krap krup krap. Biarkan sehingga sejuk dan minyaknya kering baru masukkan dlm bekas kedap udara.

Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (http://bit.ly/2faRmjI)

Komen anda

Loading...

Tags: #BAWANG #Buat #Cara #GORENG #pahit #Petuanya #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Buat Bawang Goreng Sedap dan Tak Pahit, Ini Petuanya"