Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yg Rangup & Sedap.

Loading...

Untitled design 2 6 1 - Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yg Rangup & Sedap.

Suka mkn Kacang Botak? Ha…Jom belajar buat snek kudapan ni. Sangat mudah dan ringkas. Kalau beli, sikit je dpt. Nah..cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Memang sedap. Sekali buat, memang dpt byk. Jom cuba.

RESIPI KACANG BOTAK

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm kacang tanah
  • 5 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 sudu mkn serbuk cili

  • 2 sudu mkn gula
  • 3 sudu teh garam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ajinamoto
  • 1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam blh diganti dgn kiub tomyam)
  • 5 sudu mkn tepung gandum
  • 1 sudu mkn tepung beras

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Lps basuh, terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (saya keringkan dlm ketuhar je sekejap)

2. Campur semua bahan yg disediakan (kecuali tepung) di dlm bekas dan gaul sebati.

28377944 1712397498803260 2899700354872733502 n - Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yg Rangup & Sedap.

3. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati dan kacang bersalut sepenuhnya.

28378850 1712397428803267 3075832206187260990 n - Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yg Rangup & Sedap.

4. Panaskan minyak dan goreng kacang dgn api sederhana.

5. Pastikan kacang menjadi keperangan tetapi tidak terlebih garing.

6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Lps masukan kacang, terus kacau tanpa berhenti utk elakan kacang dr melekat.

7. Setelah kacang kelihatan masak, toskan minyak dan sedia utk dinikmati.

28468386 1712397275469949 7080973892252369670 n - Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yg Rangup & Sedap.

Kredit resipi & foto: Are Peace

Loading...

Tags: #Adun #Bancuhan #Botak #Cara #Kacang #RANGUP #Sedap #Tepung

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yg Rangup & Sedap."