Calon UPSR ditemukan mati tergantung

C0BDA88B 36B2 43C0 9939 11690A8E08DE - Calon UPSR ditemukan mati tergantung

KULIM – Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ditemukan mati tergantung di atas katil dua tingkat di Taman Nenas semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, kanak-kanak lelaki itu tinggal bersama ibunya berusia 50 thn dan dua lagi adik-beradik berusia 8 dan 14 thn.

Menurutnya, dlm kejadian sekitar jam 6.30 petang sehingga 7 petang itu, ibu mangsa berada di ruang tamu, manakala mangsa bermain bersama adik dan abangnya.

“Selang lebih kurang 15 minit, adik perempuan mangsa berumur 8 thn datang memberitahu ibunya bahawa mangsa telah tergantung berhampiran katil.

“Apabila ibunya masuk ke dlm bilik itu, tali yg menjerut mangsa telah dipotong anak sulungnya, manakala si mati berada dlm keadaan terlentang di atas tilam,” katanya.

Beliau berkata, pegawai perubatan Hospital Kulim telah dipanggil dan kemudian mengesahkan kematian mangsa.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati terdapat tali kasut berwarna putih berada di lantai katil tingkat atas dan si mati berada di katil bawah.

“Mangsa disyaki telah menggantungkan diri pd bahagian besi katil tingkat atas dgn menggunakan tali kasut,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tiada unsur jenayah dikesan pd badan si mati dan di tempat kejadian, namun motif tersebut masih dlm siasatan.

Mohd Yusuf berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar utk dibedah siasat oleh Pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah.

Kes diklasifikasikan sbg mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Tags: #Calon #ditemukan #Mati #Tergantung #UPSR

author
Author: 
    Salah Satu Aktor Termahal? Stefan William Dibayar Rp 50 Juta Utk 1 Episode Sinetron?
    slidegossip.com – Seiring kesuksesan dan popularitas yg diraihnya, aktor tampan Stefan William kini
    Tak Sesuai Paspor, Lucinta Luna Ditahan di Rusia Karena Berpenampilan Seperti Perempuan?
    slidegossip.com – Kabar terbaru datang dr artis sensasional Lucinta Luna. Baru-baru ini, seperti
    Giliran Deddy Corbuzier Dikecam Petinggi Sunda Empire: Pergi Dari Bumi Atau Dia Mati!
    slidegossip.com – Rangga Sasana selaku petinggi dr Sunda Empire, tak berhenti memberi peringatannya
    Kids’ Big Book of Games
    This book includes all of the puzzle types that you will find in

    Comments are closed.