Cadangan kaedah PdP utk elak murid cepat bosan

0BA8C918 C583 46F6 910C B5AFC40FC00F - Cadangan kaedah PdP utk elak murid cepat bosan
Imej via SISC Azura

CADANGAN MEMASTIKAN MURID MEMBERIKAN TUMPUAN KETIKA SESI PEMBELAJARAN

1. RANCANG AKTIVITI YANG MELIBATKAN PERGERAKAN

Sediakan aktiviti yg melibatkan pergerakan seperti STESEN, PERMAINAN SIAPA CEPAT dan sbgnya. Senaman seperti BRAIN GYM juga sangat sesuai dilakukan sebelum memulakan sesi pembelajaran.

2. UNSUR KEJUTAN PADA MINIT TERTENTU

Unsur kejutan pd minit tertentu juga blh menarik perhatian murid yg mula hilang fokus pd sesi PdPc. Sbg contoh, PASANG MUZIK dan LAKUKAN PERGERAKAN SANTAI atau REGANGAN setiap 15 minit atau 20 minit utk memastikan murid berasa segar semula.

3. SENTIASA MEMANGGIL ATAU MENYEBUT NAMA MURID YANG KHAYAL/MENGANTUK/LEKA

Untuk memastikan murid sentiasa bersama dgn kita dlm PdPc, sentiasa SEBUT atau PANGGIL nama murid yg agak leka/mengantuk atau khayal secara kuat bukan utk menjawab soalan atau melakukan tugasan semata-mata. Apabila guru sentiasa menyebut nama mereka dgn bertanya sama ada mereka faham atau tidak, murid yg hilang fokus ini akan kembali bersama dgn kita dlm PdPc.

Jika MENGAJARKAN BAHASA, sebut nama murid yg asyik leka atau cepat hilang fokus sbg contoh (ayat yg baik2 sahaja).

4. AKTIVITI BERSIFAT PANTAS (TIDAK MENGAMBIL MASA YANG LAMA)

Rancang aktiviti yg bersifat PANTAS dan tidak terlalu panjang utk memastikan murid tidak bosan. Elakkan mengambil masa selama 20 minit utk satu aktiviti perbincangan.

Jika aktiviti MEMERLUKAN MASA YANG LAMA, PECAHKAN KEPADA DUA BAHAGIAN, iaitu bahagian berpasangan dan kemudian disambung dlm kumpulan. Dua aktiviti utk hasilkan satu hasil perbincangan.

5. GANJARAN YANG DISUKAI MURID

Sediakan ganjaran yg disukai oleh murid. Sbg contoh, ganjaran berbentuk permainan, iaitu SIAPA CEPAT BOLEH MAIN atau ganjaran berbentuk menyanyi, KAROK.

6. ELAKKAN AKTIVITI RUTIN

Aktiviti rutin bermaksud aktiviti biasa dilakukan ketika PdPc sehingga murid telah hafal setiap perkara atau aktiviti yg akan dilaksanakan di dlm bilik darjah.

Sumber: SISC+ Azura


Loading...

Tags: #Bosan #Cadangan #Cepat #Elak #kaedah #Murid

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Cadangan kaedah PdP utk elak murid cepat bosan"