Cadangan henti skim pencen penjawat awam masih di peringkat kajian – Azizah

Loading...

Screenshot 2019 09 06 06 11 52 1 - Cadangan henti skim pencen penjawat awam masih di peringkat kajian - Azizah

KUALA LUMPUR – Cadangan utk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bg lantikan baharu bermula thn hadapan masih dlm peringkat kajian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya difahamkan ia akan dibawa dan diangkat kepada Kabinet utk mendapatkan persetujuan atau pun tidak… kita akan bincangkan lebih lanjut lagi.

“Namun ia belum lagi diberi kepada Kabinet… kita akan perincikan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Women in Business (WinBiz) yg diperkenalkan Bank Islam sbg penyelesaian kewangan baharu yg dikhususkan bg usahawan wanita di bawah segmen perniagaan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, mulai thn hadapan, lantikan baharu dlm perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dgn skim lantikan kontrak yg ditambahbaik.

Menurut Borhan, langkah itu diputuskan dlm mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam pd Oktober 2018 yg mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yg kini mencecah RM28 bilion. – Bernama

Loading...

Tags: #Awam #Azizah #Cadangan #Henti #Kajian #Masih #PENCEN #Penjawat #Peringkat #Skim

author
Author: 
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

    Comments are closed.