Cadangan aktiviti permainan ketika Latihan Dlm Perkhidmatan (LDK)

43148568 179135122988952 3238216488746014277 n 1 - Cadangan aktiviti permainan ketika Latihan Dlm Perkhidmatan (LDK)

Berikut disenaraikan beberapa aktiviti Latihan Dlm Kumpulan (LDK) yg blh dijadikan panduan.

Semoga bermanfaat!

1. Mukaddimah

Aktiviti :
i. Aktiviti yg hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dgn “Surah Al-Fatihah” bg mendapatkan keberkatan dlm menjalankan program.

2. Wisel

Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dlm mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dgn wisel yg dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.

Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dgn persekitaran

3. Ucapan Tahniah

Aktiviti :
1. Pelajar diarah utk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar lagi utk mengikuti aktiviti ini.

Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4. Barang Amanah

Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sbgnya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii. Bg yg gagal menjaga amanah contohnya ada yg pecahkan biji telur yg diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yg sesuai).

Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yg telah diberi.

5. Nyanyian Lagu Motivasi

Aktiviti :
i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dr semasa ke semasa bg memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii. Contohnya lagu “Warisan” yg membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan.

Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dlm diri peserta melalui lirik lagu.

6. Salam Semut

Aktiviti :
i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak utk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.

Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

7. Senyum

Aktiviti :
i. Sebut perkataan “tempey”.
ii. Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yg ikhlas

Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)

Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)

Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9. Kelopak Jantung

Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang.

Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10. Tepuk energy

Aktiviti :
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak

Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11. Gosok Tangan

Aktiviti :
1. Pelajar menggosok tangan drpada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yg mereka hidu (bau tanah)

Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dr tanah

12. Fokus

Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dgn laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dgn arahan

Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)

13. Pegang Dagu

Aktiviti :
1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo”
2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelajar melakukan aktiviti ini

Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14. Urutan

Aktiviti :
1. Pelajar diarah berbaris dlm kumpulan sama jantina
2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dlm barisan akan dilakukan mengikut arahan yg telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.

Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar.

15. Sentuhan Kasih

Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yg belum dikenali dgn rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sbgnya.

Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dgn arahan.

16. Pengelompokan mengikut kriteria

Aktiviti :
i. Pelajar diarah utk bergerak dlm kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama thn lahir
c. Sama bln kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.

Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dlm kumpulan.

17. Group in…

Aktiviti :
i. Pelajar diarah utk bergerak dlm kumpulan tertentu iaitu dgn mematuhi arahan fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii. Pelajar akan bergerak dlm kumpulan besar utk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yg telah ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.

Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dlm kumpulan.

18. Kerusi Panas

Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dlm bulatan besar.
ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dgn rakan-rakan yg lain.
iii. Pelajar yg paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yg sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yg akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dgn rakan sebelah.

Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak.

19. Bunyi paling menarik

Aktiviti :
i. Pelajar akan berada dlm kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka utk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dgn pergerakan yg menarik.
ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yg paling menarik.
iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bg setiap kumpulan tidak sama.

Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dlm kumpulan.

20. Pergerakan paling menarik

Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yg telah ditetapkan utk setiap kumpulan.
ii. Muzik / lagu bg setiap kumpulan perlu berbeza bg melihat variasi pelajar.
iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sbgnya.
iv. Fasilitator blh menggunakan sistem markah atau token bg aktiviti seperti ini bg menggalakkan penglibatan pelajar.

Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yg sihat dlm melakukan sesuatu perkara.

21. Uji Bakat

Aktiviti :
i. Setiap pelajar diarah utk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yg paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii. Mereka yg terpilih dipanggil ke hadapan utk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sbgnya dgn diiringi muzik.
iv. Sbg aktiviti salingan, fasilitator blh melakukan aktiviti uji bakat ini dgn mencari :
a. Peserta yg paling comel
b. Peserta yg paling bijak berbicara
c. Peserta yg paling handsome dan sbgnya.

Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yg dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yg perlu belajar utk memimpin.

22. Aktiviti Keretapi

Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking tape’.
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar utk menuliskan perkataan yg positif utk rakan-rakan (beri masa yg singkat utk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak utk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yg ada pd diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yg berjaya diperolehi dlm jangka masa yg ditetapkan ( 3 minit – 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yg diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan utk membaca nilai-nilai yg diperolehi.

Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yg kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dlm diri, maka semua kita layak utk memimpin.

23. Brainstorming

Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk dlm bulatan yg besar.
ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.
iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yg berbeza dgn ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv. Setiap yg dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak blh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan utk melakukan brainstorming ini secara santai dgn menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yg selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dgn menyatakan perkara-perkara yg lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii. Contohnya : Nilai-nilai yg perlu ada pd setiap pemimpin, apa yg perlu ada pd setiap pemimpin dll.

Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.

24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)

Aktiviti :
i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dlm kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yg terdiri drpada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)
iii. Dlm aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yg sensitif yg blh mengaibkan pasangan.

Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri utk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.

25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark

Aktiviti :
i. Pelajar berbincang utk menghasilkan sorakan puak yg paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dgn nama kumpulan.
ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bg menaikkan semangat ahli kumpulan.

Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dlm kumpulan.

JOM SHOPPING KHEMAH!!!

LDK akan menjadi lebih seronok jika dilakukan secara outdoor. Outdoor sambil berkhemah!

13912886 954055514691865 6475293669314632722 n - Cadangan aktiviti permainan ketika Latihan Dlm Perkhidmatan (LDK)

Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR utk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dgn harga yg sangat berpatutan.


Loading...

Tags: #aktiviti #Cadangan #ketika #Latihan #Perkhidmatan #Permainan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.