BUTTER CAKE SEDAP…. BETUL KATA K.JEE

Loading...

012 1 - BUTTER CAKE SEDAP.... BETUL KATA K.JEE

 Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua teman….
Amboii…Dah lama rasanya Uj tak membaking.Terasa pulak kat anak tekak ni nak mkn kek yg ala-ala butter gitew.Uj pun minta pertolongan Encik google utk mencari resepi kek butter yg sedap…Terpandang dapur  kjee..iaitu kak Fauziah samad kita duk tayang keknya yg gebu gebas tu..disini.Alahai meronta-ronta sanubari ni nak merasa kek, yg kjee kata “kek butter yg betul-betul sedap tu.”Uj pun macam kjee gak tak suka manis-manis sangat.Maka Uj kurangkan jumlah gulanya..dari 150gm ke 110 gm.Bagi Uj dah sedap dah…

003 - BUTTER CAKE SEDAP.... BETUL KATA K.JEE

Kalau dah sifu…. pakar rasa kata sedap..memang betul laa sedap tu..
Uj pun selongkar stok tenguk bahan-bahan yg diperlukan.Alhamdulillah  semua ada..Uj pun memula kan projek..Secara kebetulan mentega anchor memang sentiasa ada didalam simpanan.
Bila kek dah hambir nak masak..walahhh memang harum satu rumah.Rasa cam tak sabar pulak nak merasa.

025 - BUTTER CAKE SEDAP.... BETUL KATA K.JEE 

Ni…lah hasilnya selepas baru jer kuar dr oben..baru diterbalikan diatas redai..Nak amik gamba masa ni kurang pencahayaan..sebab waktu malam kan..Uj simpan semalaman dulu dan keesokannya barulah Uj tangkap gambar utk blog…Potong pun utk nak mkn jer..

005 - BUTTER CAKE SEDAP.... BETUL KATA K.JEE

Ni lah hasilnya, bila dah disimpan semalaman yg masih berbaki setengah lagi kemudian dipotong utk di ambil gambanya..

Ok sesiapa yg ingin mencuba bole lah mencuba .Memang tak rugi mencuba..Memang sedapppp..
Jom ke resepi sebelum tu terima kasih kepada penyumbang asal iaitu Mrs Ng SK dan juga kepada kjee fauziah samad..luv U diatas resepi kek yg sedap ni…

BUTTER CAKE
 
Resipi asal Dari:Mrs Ng SK

Olahan:  Table for two

 Sumber: dr kjee Fauziah samad.

BAHAN-BAHAN

230 gms butter (UJ guna anchor salted)-Uj guna 250g
4 biji telur- asingkan kuning dan putihnya.( suhu bilik)
150 gm ( Uj kurangkan kepada 110gm.Sbb x nak terlalu manis)
200 gms tepung naik sendiri (diayak)
60 ml susu segar ( Uj guna susu cair)
1 sudu kecil esen vanilla

50 gm gula  (untuk dipukul bersama putih telur)

 CARA

1. Panaskan oven suhu 180C. Sapu loyang dgn sedikit mentega dan addkan kertas minyak.
2. Asingkan putih telur. Pukul putih telur disulami dgn gula 50 gm sehingga menjadi meringue (keras)
3. Pukul mentega  bersama 110 gm gula sehingga kembang . Kemudian masukkan vanilla dan pukul  
    sehingga sebati.Addkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi sehingga rata.
4. Masukkan tepung  yg telah diayak tadi sedikit demi  sedikit ke dlm adunan telur berselang 

    seli dgn susu cair. Kaub balikan adunan dgn menggunakan senduk sehingga sebati dan serata


5. Kemudian masukan sedikit demi sedikit putih telur atau meringue tadi kedalam adunan.
    Kaub balikan perlahan-lahan sehingga sebati.Addkan aduanan ke dlm loyang pembakar.
6. Masukkan ke dlm oven dan bakar selama 45 minit.

    Menurut Wendy, utk 15 terakhir, turunkan suhunya ke 150C supaya permukaan atas tidak  
    menjdi gelap.
    Kalau guna oven yg apinya atas dan bawah, mungkin blh pdm api atas di 15 minit terakhir.
7. Kek masak setelah dicucuk dgn lidi dan ia muncul bersih.

012 2 - BUTTER CAKE SEDAP.... BETUL KATA K.JEE

Okey…Happy baking Enjoyyy

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 3 - BUTTER CAKE SEDAP.... BETUL KATA K.JEE
Loading...

Tags: #Betul #Butter #Cake #K.JEE #Kata #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "BUTTER CAKE SEDAP…. BETUL KATA K.JEE"