Bukan Taknak Bayar PTPTN Tapi..

Loading...

Oleh : Mohd Fadli Salleh
 

Jika pun mahu mengejar yg liat, tidak sepatutnya menzalimi yg taat.

Kecoh betul sejak semalam tentang pengumuman dr PTPTN bahawa bermula thn depan potongan gaji akan dibuat berdasarkan jadual di bawah.

Aku faham, kerajaan perlu kutip balik hutang yg dipinjam oleh peminjam. Namun cara paksaan begini tidak patut memandangkan tiada perjanjian hitam putih ini caranya kutipan hutang akan dibuat semasa hutang diberi dulu.

ptptn 1 - Bukan Taknak Bayar PTPTN Tapi..

Mengejar yg liat membayar itu bagus. Namun pemotongan secara paksa ini sangat tidak adil kepada mereka yg konsisten membayar setiap bln.

Yang dah menjadualkan Potongan Gaji Bulanan melalui pakej Ujrah yg diperkenalkan dahulu, golongan ini dah pun membayar secara konsisten.

Aku tidak terlibat pun dgn PTPTN. Tidak pernah meminjam dr PTPTN walau seringgit. Namun keluhan dan rintihan kawan-kawan dan sanak saudara itu turut aku simpati sama.

Jika benar mahu buat jadual, sepatutnya selaraskan peratusan potongan. Bukan makin meningkat dan mencekik seperti ini.

Selaraskan semua pihak bayar 3% dr gaji. Yg gaji RM3000, bayarlah RM90. Yg gaji RM5000, bayarlah RM150.

Umum tahu, kerja kerajaan kenaikan gaji thnan tidaklah besar. Kerja hampir 10 thn baru dpt merasa gaji RM4000-RM5000.

Masa gaji begini ramai yg membeli rumah. Potongan pinjaman peribadi utk baiki rumah mak ayah, bantu mak ayah pergi haji pergi umrah, bebanan segala bil utiliti, kenderaan dan sbgnya masih sarat dibahu.

Malah, 10 thn selepas kerja ni bilangan anak-anak mulai bertambah. Kalau pun gaji RM4000, anak pula 5 orang. Hidup pula dikotaraya. Memang terasa sangat sesaknya. Yg merasa, pasti faham.

Jika sebelum ini mereka telah pun membuat PGB sebanyak RM150 sebulan, tiba-tiba bermula bln depan terus naik kepada RM479, ini sangat-sangat membebankan.

Potongan lebih RM300 ringgit berbanding sebelumnya pasti sangat dirasai oleh golongan yg baru sahaja nak stabil kehidupan mereka.

Isu PTPTN jika tidak diselesaikan dgn berhemah, aku berpendapat akan memberi pandangan buruk pula pd kerajaan.

Seperti aku kata, tidak salah mengejar yg liat. Namun tolonglah jangan menzalimi yg taat.

Loading...

Tags: #Bayar #Bukan #PTPTN... #Taknak #Tapi...

author
Author: 
    Apa itu Cikgootube?
    CIKGOOTUBE? APA NI? SEIRING kepesatan teknologi masa kini dan kepentingan kaedah pembelajaran abad
    Muka Sih Bule Blasteran, Tapi Siapa Sangka 6 Artis Terkenal Ini Beragama Islam!
    slidegossip.com – Dunia hiburan tanah air diramaikan dgn munculnya para artis yg berdarah
    Selalu Tampak Sehat, Vidi Aldiano Mengidap Kanker Ginjal, Ternyata Ini Penyebabnya!
    slidegossip.com – Selama ini selalu tampak sehat dan bugar, siapa sangka Vidi Aldiano
    Malu Ingat Masa Susah, Atta Halilintar: Dulu Aku Pakai Minyak Goreng Buat Nata Rambut!
    slidegossip.com – Dlm video terbarunya di Youtube, Atta Halilintar yg kini sudah hidup

    Leave a reply "Bukan Taknak Bayar PTPTN Tapi.."