
Bufet Ramadan‘Citarasa Nusantara’ menawarkan kelazatan sajian tempatan yg menepati selera anda di Mahsuri Courtyard , hotel Royale Chulan, KL.
Kepelbagaian dan variasi hidangan bercitarasa tempatan ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yg indah dan penuh nikmat dan kepuasan selera meraikan sajian berbuka di bln Ramadan.
Barisan Chef yg mengetuai barisan Chef di Royale Chulan, KL di sini ialah Chef Eksekutif, Sabri Soid.Variasi juadah yg pastinya mengecurkan selera di sini antaranya adalah Signature Royale Bubur Lambuk dan pilihan ‘shell out’ seperti Kambing Golek, Lontong Samudera, Cendol Durian, Som Tam dan pelbagai pilihan mknan laut dan juadah lain.
Gerai -gerai mknan menyajikan dan memasak makanan panas dgn segera mengikut permintaan pelanggan. Bg mereka yg mahukan suasana asli kemeriahan berbuka gaya Malaysia , bufet Ramadan ini juga menyediakan deretan hidangan autentik Melayu, India dan China seperti Nasi Ayam, Sate, dan kaunter hidangan pencuci mulut tradisional.
Gerai mknan ‘live’ terdiri dr sajian istimewa Hari Raya seperti Nasi Ulam Utara, Rendang, Ketupat , Sayur Keladi Asam, Gulai Talang Ikan Masin, Kurma Telur turut mendapat sentuhan istimewa dr Chef.
Min pula amat tertarik dgn ‘kaunter’ manisan kek, puding dan donut berwarna warni yg sungguh ‘segar’ dan lazat dinikmati. Puding enak, dingin berkrim memang menjadi pelengkap kepada sajian berbuka di sini. Bufet Ramadan ‘Citarasa Nusantara’ ini berlangsung dr 7hb Mei sehingga 4hb Jun.
Harga adalah RM150 bg dewasa , RM 100 utk Warga emas’ dan RM 75 utk kanak-kanak berusia 6-12 thn. Bg tempahan awal iaitu 2 sehingga 6 Ramadan pula adalah RM 100 dewasa, warga emas RM 75 dan kanak-kanak berusia 6-12 thn RM 50.
Selamat berbuka dan menjamu selera di sini. Maklumat lanjut sila layari [email protected]
Tags: #Autentik #Bufet #Chulan #Citarasa #Malaysia #Nusantara #Ramadan #Royale #Sajian