Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Sebelum saya kongsikan tentang masakan bubur kacang hijau ini, saya ingin pesankan supaya jangan tersalah faham, saya menpunyai draft senarai masakan yg panjang yg belum di publish. Tidak semestinya masakan yg saya post adalah masakan hari ini atau semalam atau minggu ini. Ianya mungkin masakan yg telah lama tetapi belum sempat dikongsikan.

Dengan erti kata lain, jika saya tidak memasak selama setengah thn pun, saya tetap blh update blog ini. Saya lambat update kerana menulis memerlukan mood. Jika tiada mood, memang saya tak mampu menulis walaupun sebaris ayat.

Bubur Kacang Hijau Dgn Durian


Setelah lebih 2 bulan bercuti sakit, kaki saya semakin surut dan dinasihatkan utk menjalani rawatan physiotherapy bagi menggerakkan otot otot serta membolehkan saya berjalan seperti biasa. 

Saya mula berjalan tanpa tongkat bagi membiasakan diri supaya saya tidak berjalan berjengkek jengkek atau senget sebelah kerana selepas pembedahan secara teknikalnya, otot kaki saya yg dibedah akan menjadi lebih pendek. 

Namun pergerakan tanpa tongkat menyebabkan kaki saya perlu menampung bebanan berat badan serta perlu digunakan sepenuhnya. Ia menyebabkan kaki saya membengkak dan lebih sakit. 

Kepada yg tidak pernah kena, mungkin akan mempersoalkan kenapa saya lama bercuti sakit. Saya juga tiada jawapan kepada urusan yg bukan di dlm bidang kuasa saya. Kesihatan, ajal maut adalah urusan Allah. Kemalangan blh menimpa sesiapa sahaja, jika itulah takdirnya. 

Malahan duit berjuta tidak mampu membeli kesihatan yg baik. Saya memilih kaki saya, saya memilih kebebasan bergerak, memilih beribadah secara normal dan memilih ingin lepas bebas seperti sebelumnya, jika diberi peluang memilih. Tapi apakah saya blh mengubah takdir yg ditetapkan ke atas saya?  Dan saya tidak bersedia utk mengambil risiko ke atas kesihatan saya. 

Sekarang masuk bab masakan iaitu resepi bubur kacang hijau. Blh click entri sebelum ini di SINI. Ini adalah entri lama yg tertunggak dan menunggu giliran utk di publish. Sementara saya ada mood dan bersedih dgn mereka yg tidak prihatin, saya mengambil peluang utk menulis isi hati saya di sini. 

Bukan niat saya utk mendoakan mereka sebarang kecelakaan, tidak sesekali. Itu bukan penting dlm hidup saya. Saya tidak mendapat sebarang keuntungan atau sebarang kerugian dr kesusahan atau kesakitan yg dialami oleh sesiapa sahaja. Saya hanya mendoakan dan mengharapkan yg baik baik sahaja kepada semua orang.  

Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Bubur kacang hari ini memang sangat sedap kerana cukup lemaknya, cukup manisnya, cukup pekatnya dan cukup segalanya. Saya mkn menambah nambah. Keesokannya pun kami masih menikmati bubur kacang samada dimakan begitu sahaja atau dicicah dgn roti putih. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa, video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba… 

Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Bubur Kacang Hijau 

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg kacang hijau
2 keping gula melaka  
1 1/2 cawan gula pasir – blh kurangkan
2 helai daun pandan
2 cawan air
3-4 cawan santan
3 ulas durian – opsyenal
1 sudu besar garam

Cara cara:
Basuh bersih kacang hijau dan rendam selama 3-4 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.
Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dlm kuali dgn api perlahan. Kacau sehingga semua gula larut dan tapiskan.
Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Dalam periuk lain, masak air dgn air rendaman kacang hijau sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan kacang hijau dan rebus sehingga kembang dan empuk. 
Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Setelah kacang hijau empuk, masukkan air gula tadi, isi durian dan daun pandan. Kacau rata dlm 10 minit dgn api perlahan.

Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Masuk pula santan dan kacau lagi sehingga sebati dlm 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. 
Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Rebus sagu sehingga menjadi jernih. Tuang ke dlm penapis dan lalukan bawah air paip. Kacau rata dan masukkan sagu yg jernih ke dlm kuah bubur. Sesuaikan rasa dan blhlah ditutup api. 
Bubur Kacang Hijau Dgn Durian
Bubur Kacang Hijau Dgn Durian

Nota:
Rendam dulu kacang hijau selama 3-4 jam sebelum direbus.

Masak air sehingga mendidih, sebelum dimasukkan kacang hijau. Rebus dgn api sederhana.

Gula dan garam hanya dimasukkan selepas kacang hijau kembang dan empuk.


Loading...

Tags: #BUBUR #Durian #Hijau #Kacang

author
Author: 
    Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yg Lembut & Sedap
    Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Andai ke kedai mamak utk
    Ini Trik Paling Senang Kurangkan Masam Buah-Buahan, Guna Garam Je.
    Percaya atau tidak, rasa buah yg terlalu masam memang membantukan selera mkn. Jangan
    Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls.
    Tak tau nak buat apa hujung minggu? Jom kita baking buat dua jenis
     Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.
    Orang Malaysia memang sinonim dgn  Nasi Goreng, sebab itulah  pelbagai menu nasi goreng

    Leave a reply "Bubur Kacang Hijau Dgn Durian"