Bubur Jagung Bersagu

Loading...

bubur jagung bersagu1 1 - Bubur Jagung BersaguSelamat berpuasa buat semua pengunjung blog resepiraidah..Agak terlalu lewat utk mengucapkannya..Sebenarnya saya sekarang masih didalam pantang selepas melahirkan cahayamata yg ke 6 pd 25 Julai yg lalu..Walaupun masih didalam pantang, kuih muih, bubur saya buatkan juga utk anak2 dan ayahnya..Kesian pulak kat sini mana ada pasar/bazar ramadhan utk membeli juadah berbuka..Bubur jagung bersagu ini adalah resepi yg amat senang utk disediakan..

Bahan-bahan:

3 cawan jagung (saya guna jagung beku yg jual dipasaraya)
3 sudu besar sagu ~ saya rebus dahulu sagu sehingga jernih, basuh dan rendamkan didalam air sebelum dimasukkan ke dlm bubur
250ml santan
Air secukupnya
1/2 cawan gula merah
Gula pasir secukupnya
2 helai daun pandan ~ dikoyak dan disimpulkan
Sedikit garam.

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan kecuali sagu ke dlm periuk. Masak sehingga mendidih dgn api yg sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
2. Masukkan sagu yg telah direbus, rasakan manis lemak secukupnya. Blhlah tutup api dan sedia dihidangkan.

bubur jagung bersagu - Bubur Jagung Bersagu***Saya suka rebus dan basuh dahulu sagu sebelum dimasukkan ke dlm bubur yg dimasak supaya kuah bubur tidak menjadi terlalu pekat dan proses memasak bubur pun mengambil masa yg singkat.

Loading...

Tags: #Bersagu #BUBUR #Jagung

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Bubur Jagung Bersagu"