Buat Semakan Online Wang Tidak Dituntut Disini

Loading...

Buat Semakan Online Wang Tidak Dituntut Disini | Ramai tidak tahu ada wang yg tidak dituntut dan ada yg tidak tahu wang yg tidak dituntut blh tuntut disini. Anda juga perlu tahu tentang eGUMIS yg sediakan khidmat wang yg dituntut. eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System akan dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan wang tak dituntut online. Berikut adalah garis panduan permohonan tuntutan WTD 2018.
Sistem eGUMIS ini blh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauantan Negara Malaysia (JANM) bermula suku kedua thn 2018.
Dalam satu sidang media, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pd thn ini dgn 34,353 permohonan dr sekitar Kuala Lumpur sahaja.
SEMAKAN WTD ONLINE
“Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pd persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yg dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tak dituntut.
Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yg tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dgn 70 peratus drpadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yg tidak aktif selama lebih tujuh thn.

3 KATEGORI WANG TIDAK DITUNTUT

Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yg diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).
1. Wang yg kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dlm satu tempoh masa tidak kurang dr satu (1) thn.
  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yg kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yg diisytiharkan utk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yg telah diluluskan utk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yg mempunyai fungsi yg serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yg telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dlm sesuatu akaun yg tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dlm satu tempoh masa tidak kurang drpada tujuh thn.
  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Wang dlm sesuatu akaun dagangan yg telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dlm satu tempoh masa tidak kurang dr dua thn.
  • akaun pemiutang dagangan
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Semakan WTD online blh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.
Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai thn 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.
Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau  Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sbg orang tengah atau agen utk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yg cuba memanipulasi WTD dgn mengenakan sebarang caj tambahan.
Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut
Sementara menunggu sistem WTD online eGUMIS aktif sepenuhnya, anda blh membuat semakan online WTD di seluruh negara. Caranya seperti berikut:
  1. Sila ke kaunter JANM pd waktu bekerja
  2. Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
  3. Serahkan dokumen di kaunter JANM utk pendaftaran
  4. Pegawai JANM yg bertugas akan membuat semakan WTD
  5. Status WTD akan diketahui dlm beberapa minit sahaja tanpa eGUMIS
  6. Pegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yg blh dituntut beserta cara membuat tuntutan
  7. Sama seperti eGUMIS semakan ini 100% percuma

CARA MEMBUAT TUNTUTAN WTD EGUMIS

Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yg sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dr Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
Tiada tempoh masa yg dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dgn menyenaraikan dokumen yg perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).
Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.

SENARAI SEMAK DOKUMEN DIPERLUKAN EGUMIS

Bagi membuat permohonan tuntutan WTD, ada beberapa dokumen perlu dibawa bersama antaranya:
  • Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
  • Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport pemohon bagi bukan warganegara.
  • Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
  • Surat pengesahan drpada syarikat yg membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
  • Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yg aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dlm akaun)
Untuk maklumat lanjut anda blh hubungi pejabat pendaftar WTD di alamat berikut:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430
Tanggungjawab Pendaftar WTD
  1. Pemegang amanah terhadap WTD yg diterima.
  2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
  3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
  4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yg gagal mematuhi peruntukan Akta.
Makluman Serahan WTD Bagi Thn 2017
Seperti yg telah dimaklumkan sebelum ini, Pendaftar WTD sedang dlm usaha pembangunan sistem baru yg membolehkan syarikat/firma membuat serahan WTD secara atas talian (online).
Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa sistem baru eGUMIS masih dlm peringkat pembangunan dan oleh demikian prosedur sedia ada bagi serahan WTD (bagi thn berakhir 31 Disember 2016) adalah dikekalkan.
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak syarikat/firma utk mematuhi tarikh akhir penyerahan dokumen WTD iaitu selewat-lewatnya 31 Mac 2Q17. Pihak syarikat/firma perlu memastikan serahan WTD kepada Pendaftar adalah lengkap dgn perkara berikut:
  • Bukti bayaran serahan kepada Pendaftar iaitu Resit Online Banking;
  • Dua (2) salinan asal Serahan Wang Tak Dituntut – Borang UMA4 (Pin. 1/2016);
  • Tiga (3) salinan asal Daftar Wang Tak Dituntut – Borang UMA3 (Pin. 1/2002);
  • Satu (1) salinan softcopy (cd) Daftar Wang Tak Dituntut UMA3
Pihak Pendaftar WTD akan membuat hebahan mengenai pelaksanaan sistem baru kaiak melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (www.anm.gov.mv) dan akan memastikan syarikat/firma diberi masa yg mencukupi utk membuat apa-apa pengubahsuaian sistem bagi memenuhi keperluan sistem serahan WTD secara talian (online) nanti.
Proses Serahan WTD
Berikut adalah proses serahan daftar wang tak dituntut bagi thn berakhir 31 Disember 2016.
proses serahan wtd
Seksyen 10 Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat/firma bertanggungjawab utk perkara berikut:
  • Menyelengggara dan menyimpan satu daftar bagi wang yg tidak dituntut sehingga 31 Disember mengikut format yg ditetapkan oleh Pendaftar WTD.
  • Menyerahkan wang beserta dgn daftar wang tak dituntut tidak lewat dr 31 Mac thn berikutnya.
  • Mengemukakan daftar wang tak dituntut bagi tujuan pewartaan.
Mulai thn 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking. Utk maklumat lanjut anda blh baca dgn lebih terperinci termasuk muat turun borang penting WTD di web rasmi JANM di anm.gov.my. Semoga artikel Buat Semakan Online Wang Tidak Dituntut Disini dapat membantu anda.

Carian Berkaitan

tempoh proses bayaran balik wtd
Loading...

Tags: #Buat #Disini #Dituntut #Online #Semakan #tidak #Wang

author
Author: 
    Ditanya Jika Bertemu Syahrini dan Reino, Luna Maya: Gue Nggak Pernah Menghindar!
    slidegossip.com – Meski telah berakhir, kisah asmara Luna Maya dgn Reino Barack menjadi
    Jom Cuti Sekolah Bersama Captain Quack & Friends Di Sunway Lagoon
    Hi semua.. Dah masuk cuti sekolah kan mesti tengah planning nak bawa anak-anak
    Sindir Artis yg Suka Pamer Isi ATM? Tamara Bleszynski: Receh, Sangat Memalukan!
    slidegossip.com – Belakangan ini byk artis-artis yg ikut-ikutan membongkar isi saldo di ATM
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari

    Leave a reply "Buat Semakan Online Wang Tidak Dituntut Disini"