Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yg Mudah, Gebu Dan Lembut

Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yg Mudah, Gebu Dan Lembut || Bertemu kembali dlm edisi kek chiffon, tengah edit kembali post – post resepi kek chiffon yg resepinya dlm bahasa inggeris. :D. Selagi tak edit tak blh nak duduk diam.hii

Macam- macam versi dah kek chiffon :D, Kalau korang yg peminat oreo blh cuba buat kek chiffon oreo yg mudah, gebu dan lembut ini. Tekstur kek yg ringan tapi ada oreo kat dlm. Tapi tengok ke gambar ni macam biasalah kekadang nampak ok tekstur kek kat dlm, kadang- kadang nampak lubang- lubang dlm kek, banyak faktor lah terjadi. Kemungkinan terlebih kaup balik ataupun adunan putih telur yg terlebih pukul macam tu lah.

oreochiffoncake3 1 - Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yg Mudah, Gebu Dan Lembut

Tapi apapun asalkan tekstur kek tak jatuh sudah. Nanti itu lagi haru biru pulak kan. hii. Biskut oreo ni famous, apa – apa resepi dessert ke kek ke banyak yg letakkan oreo nak jadikan cupcake, puding. Rasanya sedap, gebu ada bau oreo. :D.

Jom cuba resepi kek chiffon oreo yg mudah , gebu dan lembut ini ya.

oreochiffoncake2 - Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yg Mudah, Gebu Dan Lembut

Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yg Mudah, Gebu Dan Lembut 

Bahan – bahan
(A)
65 gm oreo buang krim dan kisar halus

(B)
5 biji  kuning telur
50 gm gula halus
60 gm susu cair
60 gm minyak jagung
100 gm tepung gandum diayak

(C)
5 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar ataupun 1 sudu teh jus lemon
60 gm gula halus

Cara – cara

1. Kacau perlahan kuning telur dan gula halus sehingga sebati. Masukkan minyak jagung dan juga susu. Kacau rata dan kemudian masukkan tepung secara beransur – ansur dan kacau perlahan sampai sebati. Ketepikan
2. Dlm mangkuk yg bersih dan kering, pukul putih telur sehingga berbuih lembut, kemudian masukkan cream of tartar dan pukul lagi sampai “Soft peaks“. Masukkan gula halus sikit demi sikit sambil pukul sehingga “stiff peaks
3. Kaup 1/4 dr putih telur dan masukkan ke dlm bahan yg telah digaul tadi, kaup balik adunan dgn perlahan
4. Ulang langkah 3 buat sampai habis. Dan akhir masukkan masukkan oreo yg telah dikisar halus dan kaup balik perlahan.
5. Tuangkan adunan ke dlm acuan kek chiffon, hentakkan sekejap utk mengeluarkan buih – buih udara
6. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 150 C atau ikut suhu oven masing – masing dlm masa 45 minit atau sehingga masak
7. Cucuk dgn lidi, sekiranya lidi kering tanda dah masak dan keluarkan dr oven terus terbalikkan acuan utk mengelakkan kek jatuh
8. Nanti kek dah suam – suam sikit, blh keluarkan dr acuan dgn lalukan pisau yg tajam di sekeliling acuan
9. Siap utk dihidangkan


Loading...

Tags: #Buat #CHIFFON #Cuba #Gebu #Lembut #Mudah #Oreo #Peminat #Resepi

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yg Mudah, Gebu Dan Lembut"