Buat Mi Sendiri Hanya Menggunakan Tangan

Untitled design 56 1 - Buat Mi Sendiri Hanya Menggunakan Tangan

Biasanya kalau nak buat mi, kedailah tempat kita mendapatkan mi tersebut. Jika ada kerajinan blh saja buat mi sendiri secara manual dan ikut selera kita. Cuma selepas doh dipotong, taburkan sedikit tepung supaya ia tidak melekat bila tercampur. Blh cuba buat ikut resipi berikut.

BAHAN-BAHAN

  • 250gm tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 50ml air (tapi blh lebihkan sedikit sukatan supaya doh dpt diuli dgn baik)
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

CARA-CARA

  1. Gaul kesemua bahan-bahan
  2. Uli adunan sampai menjadi doh dan tidak melekat di tangan
  3. Potong doh menjadi empat atau lima bahagian
  4. Canai satu-satu sampai nipis mengikut ketebalan yg diingini.
  5. Potong doh menggunakan pisau.
  6. Masak air dan pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mi ke dlm air .
  7. Rebus dlm jangkamasa seminit atau dua minit. Jangan rebus terlalu lama. Nanti mi akan jadi lembik.
  8. Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk. Supaya memberhentikan proses mi dr terlebih masak.

Kredit: Fahrini MarsyaLey


Loading...

Tags: #Buat #Hanya #Menggunakan #sendiri #Tangan

author
Author: 
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    RESEP MEE GORENG MAMAK PEDAS MANIS
    RESEP SAMBAL NASI LEMAK Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    NASI GORENG ALA RESTORAN mantapp
    NASI GORENG ALA RESTORAN Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Buat Mi Sendiri Hanya Menggunakan Tangan"