Buat Kerja Part Time Foodpanda..

Loading...

Assalamulaikum korang,

Actually bulan Mei thn ni BBL nak ke Osaka, Jepun. Tiket dah beli pertengahan 2018 lepas. Fuh semangat tu kemain mengelabah tengok AirAsia buat promo tiket flight murah pergi sana. Alang-alang nak melawat negeri orang, kenalah prepare duit belanja. Al maklum nak pergi tempat maju nie. Nak pendekkan cerita BBL buat la part time sbg Foodpanda rider. Setakat ni alhamdulilah dapat la side income sikit setiap minggu.

pengalamanBbuatBfoodpandaBrider - Buat Kerja Part Time Foodpanda..


Best tak jadi Foodpanda rider?

Best bila order banyak masuk sampai tak menang tangan dan tak best bila pishang tunggu order masuk. Saya buat Foodpanda area Subang sebab kawasan ni beroperasi 24 jam selain ramai customer. Means orang Subang agak ‘malas’ nak keluar dr rumah dorang. Lapar je, blh order online selain banyak food store dlm coverage Subang. 

Macam mana Foodpanda rider bekerja?

Ha ni soalan paling cepumas BBL dapat bila orang tanya tentang food rider. Semua order customer akan masuk melalui applikasi khas. Maksudnya, semasa waktu bekerja..sistem akan menghantar order request secara automatik terus ke app. Bila dengar notifikasi berbunyi..terus accept job tersebut dan bergegas ke vendor utk pick up mknan. Then hantar mknan ke alamat customer. 

Jangan risau semua alamat customer blh access dgn google map atau waze. BBL guna google map je senang. Coverage penghantaran adalah dlm 5km je. Kadang-kadang dekat je jarak dr vendor ke rumah/pejabat customer. Biasanya jarang order jauh-jauh dlm ping. 

Boleh ke buat part time?

Lagi soalan popular orang tanya. Foodpanda ada applikasi khas utk jadual kerja. Jadual akan keluar setiap hari Rabu, means korang blh book shift mana nak kerja seminggu awal. Waktu ni pilih la nak kerja hari apa, pukul berapa, berapa jam dlm app tu. Macam gambar bawah ni. 

photo6204269405592987832 - Buat Kerja Part Time Foodpanda..


Kalu rasa rajin blh amik dua shift berturut atau blh split dua shift. Contoh pagi amik shift 3 jam pastu malam amik shift 4 jam. Tengahari balik rehat kemudian sambung balik kerja. Sangat flexible waktu kerja. Terpulang pd kerajinan korang nak buat Foodpanda. Nak duit lebih, amik la shift banyak sikit. Ada je rider amik shift 10 jam sehari.

Nak buat part time pun blh, full time pun blh. Check roaster je, kalu kebetulan hari ni korang free dan rasa nak buat panda..check shift available tak then terus grab shift. Senang je sebab semua pakai applikasi. 

Gaji macam mana pulak..

Setiap 1 jam Foodpanda bayar RM5.00 & RM6.00 pd weekend. Ni basic payment. Lepas 3 bulan bekerja, gaji akan naik sejam RM6.00 & RM7.00 weekend. Bila dah 6 bulan kerja gaji naik RM7.50 sejam & RM8.50 pd weekend. Manakala 1 trip delivery akan dapat tips RM3.00. Dlm masa sejam mungkin blh dapat 4  order bergantung kepada permintaan order dlm kawasan tersebut. 

Ada rider buat partime Jumaat, Sabtu & Ahad dapat income lebih kurang RM250.00 plus. So dapat la duit sementara tunggu gaji hujung bulan kan. Yg bestnya..Foodpanda bayar gaji secara mingguan. Setiap hari Selasa akan dapat gaji. Kalu sengkek tengah bulan, buat panda ada la duit belanja mkn. Kadang-kadang tak merasa seminggu sebab masa berlalu cepat..tut tut gaji dah dapat. Tu la benefit kerja panda. 

Macam mana nak register Foodpanda ni..

First kena register kat https://rider.foodpanda.my & setakat ni Foodpanda hanya available utk kawasan Kuala Lumpur (Lembah Klang, Shah Alam, Klang), Johor Bharu, Penang dan Kota Kinabalu. Mungkin next time akan expend ke seluruh Malaysia. 

Nanti dah register, anda akan dapat sms utk datang ke office Foodpanda utk dengar taklimat. Then “praktikal” bersama senior tentang cara penghantaran dan blh terus register jadi Foodpanda rider. 

photo6204134981706557513 - Buat Kerja Part Time Foodpanda..


Tempoh hari BBL buat praktikal dlm sejam lebih terus pandai cara penghantaran dan blh register utk id password applikasi Foodpanda. Pergi office amik merchandise – baju pink, bag thermos dan beg Foodpanda (yang besar kat belakang motor tu). Esoknya terus blh buat panda. 

photo6206264787269167174 - Buat Kerja Part Time Foodpanda..
photo6206264787269167175 - Buat Kerja Part Time Foodpanda..
– kit kerja diberi secara percuma –


Nak ada apa jadi rider Foodpanda?

First kena ada motorsikal. Kalu tak ada macam mana nak hantar mknan kan. Incase tak ada motor, coming soon anda blh sewa motorsikal elektrik dgn Foodpanda (ini akan datang tapi tak sure bila). Eloknya ada motorsikal sendiri la..senang sikit

caraBnakBregisterBfoodpanda - Buat Kerja Part Time Foodpanda..


No 2 mesti ada lesen P, roadtax mesti hidup..lagi bagus ada personal insurance risau apa-apa yg tak baik berlaku semasa deliver food. Mintak jauh la perkara buruk berlaku seperti kemalangan. 

No 3 akaun bank CIMB. Gaji dibayar melalui CIMB Bank. Bank lain tak ada masalah cuma lambat sikit la. Hari Selasa, rider yg ada akun CIMB akan dapat dulu, bank lain tunggu float clear baru merasa duit..beza sehari macam tu je. Nak cepat BBL suggest bagi no akaun CIMB atau rider panggil sotong hahahahaha

Pengalaman jadi rider Foodpanda

Setakat ni alhamdulilah masih baik dan seronok dapat hantar mknan panas-panas ke customer. Belum pernah lagi dapat customer cerewet. Yg salah masuk alamat tu standard le. Hingga entri ni siap, saya buat rider waktu siang je..tak amik lagi shift malam. Maybe next time nak try kerja malam tapi risau hujan je. Maklumlah sensetif sikit kalu kena air hujan ni. Kan deman pulak.. hehehe

Okay lah BBL nak check roaster kerja dulu. Kan kuota shift penuh pulak. Kalu korang ada apa-apa soalan blh komen. Nanti saya jawab okeh.

caraBnakBjadiBfoodpandaBrider - Buat Kerja Part Time Foodpanda..

Carian Berkaitan

cara nak buat kerja grab food malaysia
Loading...

Tags: #Buat #Foodpanda.. #Kerja #Part #Time

author
Author: 
    Pengambilan Guru Interim SK & SJKC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Thn 2020
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yg berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam utk
    Singgung Soal Pamer, Maia Estianty dan Sandra Dewi Tertawa Lps! Sindir Syahrini?
    slidegossip.com – Maia Estianty dikenal sbg artis yg sering melontarkan kata-kata bijak. Baru-baru
    Jokowi Kunjungi Lokasi Kebakaran Hutan di Riau, Ernest Prakasa: Awww Basi Banget!
    slidegossip.com – Presiden Joko Widodo (Jokowi) akhirnya menyempatkan diri utk mengunjungi lokasi kebakaran
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli

    Leave a reply "Buat Kerja Part Time Foodpanda.."