BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL

ASSALAMUALAIKUM

20180903 123908 01 - BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL

BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL || Ramai tak yg kenal buah ni. Baru post gambar buah mata kucing Brazil di facebook, ada yg kenal dan ada yg masih tak kenal dgn buah ni. Dulu ada post juga di blog. Sebab jakun tak berapa kenal dgn buah ni, saiz besar isi pulak tebal rasa macam laici dan mata kucing.

Sampai sekarang panggil buah mata kucing Brazil, tapi tengok ke komen rakan -rakan di facebook ada yg panggil buah ketuk, biasa banyak di Sarawak, ada yg panggil longan kristal. Macam – macam nama rupanya.

Pokok mata kucing Brazil usia dah hampir 7 thn abah yg tanam, Sepatutnya ada 2 pokok tapi belakang bilik dah tebang sebab nampak makin membesar tinggi, tak sesuai pula nak bagi hidup lama – lama akhirnya terpaksa tebang. Yg kutip hasil sekarang ini pokok kedua. Alhamdulillah permulaan pokok ini berbuah, blh mkn hasil, walaupun pertama kali merasa dah sedap sebab rasa macam buah mata kucing dan laici tapi lagi sedap.

20180903 130456 01 - BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL

Besar kan saiz buah mata kucing Brazil ni. tapi lama – kelamaan pokok nya macam dah naik ulat, daun pun dimakan ulat sebab nampak berlubang sana – sini. Tapi, walaupun nazak kena dimakan ulat pun, pokok masih berbuah, nampak dia fighting sangat- sangat. adeh dah macam cerita pulak :D. Kadang- kadang tengah berbuah, ada satu masa buah tanggal satu -satu dr tangkai. Lepas tu, berbuah balik, usaha juga pokok ni nak berbuah.

Sampai satu tahap buah tak blh mkn langsung sebab dimakan ulat. ada satu musim adalah ulat, ada satu musim tak ada ulat. Rezeki kalau blh mkn ada lah rezekinya. Rata – rata yg komen di facebook semua pakat tebang yg mana ada pokok lah sebab tak tahan ulat huu.. Nasib baik lah abah ku jenis sabar, walaupun dimakan ulat, tapi ada satu musim tak dimakan ulat, alhamdulillah thn ini blh kutip hasil.

C360 2018 09 03 13 10 59 023 01 - BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL

Ada yg cakap just ketuk jerr buah ni memang terbelah terus, tapi perasan bila buah ni jatuh ke tanah terus terbelah, agaknya kulit buah ini masih segar dr pokok, memanglah jatuh terbelah terus. Cuba buat lepas beberapa jam kutip buah ni, macam tak jadi pun. sebab kulit dah layu kot hii. end up, kupas jer dgn jari tak pun dgn pisau.

Buah mata kucing kalau lepas dibuang kulit luar, memang korang akan nampak macam satu lapisan lain kat dlm. Macam selaput nak lindungi isi dlm, Kena buang lapisan ini baru basuh dan blh mkn. Buah ini ambil tak berapa matang. tapi rasanya dah manis – manis manja sedap dah. Kalau tinggal lama lagi atas pokok tu memang akan menjadi manis. Bagi Wani tak berapa nak sedap sikit sebab suka mkn yg manis – manis manja macam ni.

C360 2018 09 03 13 17 08 191 01 - BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL

Disebabkan ambil buah ini pra matang. Kena basuh tonyoh sikit bagi lapisan kat dlm tu tanggal baru blh mkn. Yg paling suka isi dia tebal. Dan bijinya memang besar sikit. sekali terjumpa bijinya pun ada macam dah bercambah.

C360 2018 09 03 13 18 26 346 01 - BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL

Buah ni tak sure sangat, rasanya belum menembusi mana – mana kat pasar sini sebab tak ada pun nampak orang jual, biasanya tanam sendiri dlm pagar rumah dan tuai hasil sendiri dan mkn utk sendiri hii. Rasanya payah sikit kot nak jual, rata – rata cakap buah ni kadang – kadang ada ulat. nampak luar cantik bila dah kopek kulit luar hemm memang nampak lah ulat – ulat kat dlm tu. adeh.

C360 2018 09 03 13 29 32 632 01 - BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL

Itulah cerita serba sedikit tentang buah mata kucing Brazil ini. Selamat bercuti ya korang semua.. Cuaca pun mendung sejuk hari ini sebab petang semalam hujan. Lagi suka cuaca sejuk dr cuaca panas, apapun bersyukur seadanya 🙂


Loading...

Tags: #Atau #BRAZIL #Buah #kucing #LONGAN #Mata

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL"