BUAH LAI ASAM BOI

Assalamualaikum,

Panasnya cuaca kebelakangan ini kan? Tapi waktu malam cuaca dinginnya sampai off segala aircond dan kipas pula. Dlm cuaca yg tidak menentu macam sekarang ni kenalah banyak minum air dan mkn buah-buahan. Kesihatan kena juga dijaga. 

Ini cerita semalam bila bercuti dan bersama si bongsu dirumah. Saya buatkan buah lai asam boi dan masukkan sebentar didalam peti ais. Sedapnya alahai mkn sejuk-sejuk. Rangup buah lai dgn rasa masam, manis dan sedikit pedas benar-benar menggoda selera. Kiranya tak sedar, tahu-tahu dah habis 2 biji buah lai yg beratnya hampir 900gm tu. Hihihi…memang asyik mkn buah lai asam boi sambil menonton TV. 


Rasanya semua dah tahu cara nak buat buah lai asam boi ini, tetapi saya kongsikan sekali lagi bagi yg belum pernah buat. Blh juga gantikan dgn buah-buah kegemaran yg lain. Selamat mencuba ye 🙂 
BuahBLaiBAsamBBoi - BUAH LAI ASAM BOI
BUAH LAI ASAM BOI 

Bahan-bahannya 
2 biji buah lai (berat buah yg saya gunakan adalah hampir 900gm)
5 tangkai cili padi 

2 sudu mkn gula pasir
1 sudu teh garam
30 biji asam boi merah


Cara membuatnya :

1. Kupas buah lai, buang biji dan potong memanjang.

BuahBLaiBasamBboiB1 - BUAH LAI ASAM BOI
2. Masukkan gula, garam dan cili padi. Dlm gambar dibawah ni saya masukkan gula kastor sebab tu nampak halus. Nanti ada yg salah faham ingatkan garam pula ye. Garam sedikit sahaja (1 sudu teh). Tak perlu masukkan air kedalam buah lai asam boi kerana campuran garam dan gula pun dah buatkan ianya berair.
BuahBLaiBasamBboiB2 - BUAH LAI ASAM BOI

3.  Masukkan pula asam boi merah kedalam potongan buah lai. Kalau saya memang letak 30biji sebab suka rasa masam asam boi tu.

BuahBLaiBasamBboiB3 - BUAH LAI ASAM BOI


4. Akhir sekali gaulkan semua sebati dan blhlah dihidangkan. Kalau sejukkan lagilah sedap. Selamat mencuba ye.

BuahBLaiBAsamBBoiB4 - BUAH LAI ASAM BOI
Loading...

Tags: #ASAM #Buah

author
Author: 
    #DapurBujang Ramadhan – Kuih Ketayap.
    Dalam video kali ini, Fendi Balas akan menunjukkan cara untuk membuat Kuih Ketayap
    Indonesian Food Noodles with Egg INDOMIE – Cara masak Mie Instan Yang Enak
    Bantu mencapai 5000 Subscribe ya 😁 Klik Subscribe Gratis 😁 SUBSCRIBE ya mas/mbak
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a

    Leave a reply "BUAH LAI ASAM BOI"