Brownie Coklat Rasberi / Chocolate Raspberries Brownies

aIMG 7975 1 - Brownie Coklat Rasberi / Chocolate Raspberries Brownies

Brownie Coklat Rasberi / Chocolate Raspberry Brownies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm dark chocolate Le Bourne / Selbourne
100 gm mentega tawar
200 gm gula perang
4 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
60 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko
150 gm raspberries

Loyang :  9 x 9 di gris dan di alas dasarnya dgn kertas minyak

aIMG 7967 - Brownie Coklat Rasberi / Chocolate Raspberries Brownies

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pd suhu 160C.
  2. Ayak tepung dan serbuk koko, ketepikan.
  3. Cincang kasar coklat dan cairkan secara double boiler.
  4. Masukkan mentega ke dlm coklat dan kacau sehingga larut.  Ketepikan.
  5. Putar telur dan gula sehingga gula larut.
  6. Tuang adunan telur ke dlm coklat sedikit demi sedikit dan kacau sehingga bergaul rata.
  7. Tambahkan esen vanilla, tepung dan serbuk koko.
  8. Kaup balik dgn spatula sehingga sebati.
  9. Tuang ke dlm loyang dan ratakan.
  10. Tabur buah raspberi dan tekan sedikit ke dlm adunan.
  11. Bakar selama 30 – 40 minit sehingga masak.
  12. Cucuk dgn lidi jika tidak melekat, keluarkan dr oven.
  13. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

aIMG 8002 - Brownie Coklat Rasberi / Chocolate Raspberries Brownies
Brownie Coklat Rasberi / Chocolate Raspberries Brownies
Loading...

Tags: #Brownie #BROWNIES #Chocolate #Coklat #Rasberi #Raspberries

author
Author: 
    Kuih buah rotan (keciput)
    Bahan-bahan : Telur 1 butir Kuning telur 1 buah Gula pasir 4 sendok
    Percutian London dan Eropah 2019 Hari: 4
    Selamat bertemu lagi di sambungan catatan perjalanan percutian UK & Eropah kami pd
    Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Blh Mkn Masa Moreh.
    Masyarakat Arab memang suka mkn yg manis-manis. Di samping susu, yogurt mereka suka
    12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak
    Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yg masak tanpa minyak ni. Ha…Jika

    Leave a reply "Brownie Coklat Rasberi / Chocolate Raspberries Brownies"