Brenton Tarrant Penganut Idelogi Neo Nazi.

Oleh : Ayman Rashdan Wong

Si celaka psiko yg melepaskan tembakan terhadap jemaah Masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand ialah seorang penganut ideologi “neo-Nazi”.

Si celaka yg bernama Brenton Tarrant ini ialah seorang ahli kumpulan neo-Nazi bernama “Fourteen Words”, merujuk kepada slogan “We must secure the existence of our people and a future for white children” yg panjangnya 14 perkataan.

Dekat vest dia dan dokumen yg dia muat naik ke Internet beberapa jam sebelum mengganas (“The Great Replacement”) pun terdapat simbol “Black Sun” yg merupakan simbol gerakan neo-Nazi.

Nazi 1 - Brenton Tarrant Penganut Idelogi Neo Nazi.

Neo-Nazi, dr nama dah blh agak, mereka ada kaitan dgn ideologi Nazisme. Awalan “neo-” bermaksud sesuatu dlm bentuk baharu.

Nazisme ialah ideologi rasmi negara Jerman dr thn 1933-1945 yg membawa kepada “Holocaust” (pembunuhan beramai-ramai) kaum Yahudi. Di mata penganut Nazisme, bangsa Jerman atau bangsa “Aryan” ialah bangsa yg paling mulia, manakala bangsa lain-lain seperti Yahudi dan Slav ialah bangsa-bangsa hina yg patut dihapuskan kerana menggugat kelangsungan hidup Aryan.

Selepas kematian Adolf Hitler dan kekalahan Jerman dlm Perang Dunia Kedua, ideologi Nazisme turut berkubur sama. Tapi ideologi pengagungan kaum Aryan atau kaum kulit putih dihidupkan kembali dlm bentuk neo-Nazisme.

Tapi neo-Nazi lebih kepada acah-acah Nazi. Berbeza dgn Nazi asal yg menyerang negara lain, fokus gerakan neo-Nazi lebih kepada menyerang kaum pendatang yg dianggap sbg ancaman kepada peluang pekerjaan mereka.

Sama seperti Nazi, golongan neo-Nazi juga menggemari simbol dan mitologi kaum Eropah pagan atau sebelum Kristianisasi. Mereka menganggap Kristian sbg rekaan Yahudi utk melemahkan orang Eropah. “Black Sun” ialah simbol pagan. Dlm laman 8chan, Brenton Tarrant juga meninggalkan mesej “see you all in Valhalla” – Valhalla ialah syurga dlm mitologi Norse (Eropah Utara) sebelum kedatangan Kristian.

Neo-Nazi dah lama berakar di Eropah. Cuma di thn-tahun kebelakangan ini makin menjadi-jadi. Serangan di Norway pd thn 2011 yg mengorbankan nyawa 77 orang pun dilakukan oleh neo-Nazi.

Neo-Nazi mengganas demi menghalang kemasukan imigran Muslim yg mereka lihat sbg ancaman kepada kelangsungan hidup kaum kulit putih di Eropah. Dlm dokumen “manifesto” yg Brenton Tarrant muat naik sebelum mengganas, si celaka ini melabel golongan imigran Muslim sbg “penceroboh” (invaders), dan menjadi kewajipan bgnya utk memberhentikan “pembersihan etnik” (genocide) secara senyap ke atas kaum putih.

Tajuk manifesto tersebut, “The Great Replacement” merujuk kepada teori yg dipelopori oleh penulis Perancis bernama Renaud Camus. Camus melihat kemasukan imigran Muslim dr negara Timur Tengah dan Afrika Utara sbg satu “konspirasi” elit utk memusnahkan “jati diri” Eropah. Menurut golongan ini, imigran Muslim ini akan “meng-Islam-kan” Eropah dgn membina masjid, melaksanakan undang-undang syariah dan memegang kuasa politik.

Benda-benda mcm ini walaupun kedengaran merepek, tapi ia memberi inspirasi kepada orang yg tak ada halatuju hidup atau sampah masyarakat seperti Brenton Tarrant. Mereka anggap walaupun mereka tak mempunyai apa-apa, tapi mereka sedang mempertahankan masa hadapan generasi akan datang dgn menghapuskan “musuh” kepada tamadun Eropah.

Kat senapang Brenton Tarrant siap tertulis “Vienna 1683” yg merujuk kepada Pertempuran Vienna thn 1683 di mana tentera Eropah berjaya menewaskan tentera Turki. Ideologi pelampau atau ekstrimis menarik orang dgn menyakinkan mereka bahawa kegiatan mereka ialah “perjuangan suci” demi bangsa dan agama. Sama juga mcm cara ISIS nak tarik orang.

Kejadian kali ini membuktikan bahawa, keganasan melampau blh dilakukan oleh apa-apa jenis manusia dgn apa-apa fahaman. Blh datang dr ekstrimis takfiri seperti ISIS atau neo-Nazi mcm Fourteen Words. Malah Buddhis yg selalu dikaitkan dgn imej pencinta keamanan juga blh melakukan pembersihan etnik ke atas kaum Rohingya.

Tapi disebabkan media lebih fokus utk mencipta naratif “Islam agama keganasan”, maka cerita neo-Nazi ini kurang di-highlight dlm media arus utama. Orang Islam lah paling esktrim, walaupun mereka yg dibunuh, mereka juga yg salah kerana berhijrah ke negara orang menganggu ketenteraman masyarakat, menurut sesetengah ahli politik “far right” di New Zealand dan Australia.

Semoga ruh para syuhada yg terkorban dicucuri rahmat oleh-Nya.

Loading...

Tags: #Brenton #Idelogi #Nazi. #Penganut #Tarrant

author
Author: 
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3)
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3) : Telemovie bersiaran malam ini jam
    Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki
    GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan pd Khamis mengulangi komitmen utk mengurangkan bebanan guru sekaligus
    Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas – JPA
    PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dlm Perkhidmatan

    Leave a reply "Brenton Tarrant Penganut Idelogi Neo Nazi."