Botol susu tommee tippee? Wah memang terbaik! Mesti anak suka

tommeeBtippee - Botol susu tommee tippee? Wah memang terbaik! Mesti anak suka
Bagi ibu ibu yg sedang berjuang memberikan susu ibu kepada anak anak mereka, ada 1 jenama yg sering menjadi pilihan mereka.

Botol Tommee tippee direka dgn puting susu yg mirip seperti payudara ibu. Tak hairanlah anak kita yg masih bayi sukakannya.


Dengan tagline “Closer to Nature”, botol keluaran syarikat ini memang istimewa.

Botol susu Tommy Tippee, ini sebabnya ramai ibu bapa berkerjaya memilihnya!

Rekaan puting susu ini telah memenangi anugerah rekaan. Dan satu tinjauan telah dilakukan terhadap 1200 ibu bapa yg memberikan anak mereka susu menggunakan botol susu ini.

Didapati, 92% anak yg masih bayi menerima puting susu ini dlm hanya 3 kali cubaan.


Menarik kan.

Di bawah ini Ibu kongsikan lagi kelebihan botol susu ini.

Kelebihan botol Tommee Tippee utk si manja anda?

BotolBsusuBtommeeBtippee - Botol susu tommee tippee? Wah memang terbaik! Mesti anak suka


1. Puting yg lembut serta mudah meregang dan melentur.

Melalui teknologi pembuatan & pemilihan bahan yg canggih, puting botol ini bersifat meregang & melentur seakan akan payudara ibu sebenar.

Puting yg telah patenkan ini akan memberikan pengalaman penyusuan yg lebih semula jadi kepada anak kita.

2. Rekaan puting ini dilengkapi teknologi utk mengurangkan angin masuk semasa anak menyusu.

Ini dapat kita ambil manfaatnya dgn kurangnya risiko anak kita kembung perut (colic).


Ia dilengkapi dgn teknologi injap udara yg telah juga dipatenkan. Maknanya, pengeluar botol susu lain tak blh tiru tanpa keizinan mereka.

Injap ini sangat sensitif dlm memberikan pengudaraan yg baik. 

Ibu sangat syorkan kita guna utk bayi baru lahir. Sangat memudahkan.

Bacaan menarik: Botol susu utk bayi newborn Tommee Tippee.


3. Mudah utk anak yg baru mencuba menerima botol ini.

Saiz puting botol susu Tommee Tippee lebih besar dgn tekstur lembut, mirip payudara ibu.

4. Bahan plastik botol ini bebas BPA.

Semua komponen botol produk Tommee Tippee bebas biphosphenol (BPA). Sejenis bahan yg digunakan utk mengeraskan plastik & juga memberikan sifat anti bakteria.

BPA dikenalpasti memberikan kesan negatif pd sistem endokrin semasa kajian dilakukan pd haiwan.

Kemungkinan utk kesan yg sama berlaku pd manusia memang ada. Sebab tu kita blh berasa lega utk gunakan jenama ni.

5. Bentuk yg mesra bayi.

Si manja blh memegang sendiri botol susu ini utk menyusu. Saiznya sedang sedang utk mereka.


6. Puting melekap pd mulut bayi secara semulajadi.

Ini mengurangkan angin yg masuk ke dlm perut anak semasa menyusu.


7. Mudah utk dibersihkan.

Penting utk kita membersihkan botol susu anak kita dgn sempurna supaya bakteria berbahaya tidak mencemari susu yg kita sediakan utk anak kita.

Botol ini mudah di bersihkan.


Kesimpulan mengenai produk botol utk anak menyusu Tommee Tippee.

Banyak betul manfaat menggunakan botol susu mahal ni kan. Tapi, mahal mahal macam mana pun tak blh lawan yg semulajadi.

Kalau kita dapat bagi terus pd anak kita, lebih baik pilih cara semulajadi.


Jika anda masih belum puas hati, Ibu jemput baca artikel di bawah. Panduan memilih botol paling best utk si manja comel yg kiut miut kat rumah tu.


Bacaan menarik: Botol susu paling best? Ini 5 yg paling disukai ibu bapa!

Sekiranya ada sebarang kemusykilan, soalan dan pandangan. Nak kongsi pengalaman ke, jom isi kotak komen di bawah. 

Sama sama kita kongsi ilmu. Dapat pahala apa. Jumpa lagi, Assalamualaikum.

Loading...

Tags: #Anak #botol #Memang #MESTI #Suka #Susu #Terbaik #tippee #tommee

author
Author: 
    Corona Membawa Berkah? Gara-Gara Corona, Roro Fitria Kini Bebas Dari Penjara!
    slidegossip.com – Artis Roro Fitria yg sempat terjerat kasus narkoba kini sudah dibebaskan
    Guided Reading Lower Level Materials 01
    What is Guided Reading? These worksheets help to focus on the reading strategies
    Korea Utara Tetap Ngotot Negaranya Bersih Dari Corona! Amerika Bakal Kirim Mata-Mata?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 masih saja membuat was-was masyarakat dunia. Melansir
    Tertangkap Kamera CCTV! Sebelum Meninggal, Pria Positif Corona Ludahi Orang Lain Agar Tertular!
    slidegossip.com – Baru-baru ini viral sebuah video yg memperlihatkan seorang pria yg sudah

    Leave a reply "Botol susu tommee tippee? Wah memang terbaik! Mesti anak suka"