Bagus ke botol Avent ni? Harga blh tahan mahal.

Botol susu Philips Avent, memang bagus ke?
Jenis botol susu Avent di pasaran.
1. Botol Natural
- Mudah digunakan dgn susu ibu, mempunyai rekaan puting yg berbentuk semulajadi & mirip dgn payudara ibu.
- Bayi kurang terkejut semasa belajar minum susu menggunakan botol ini kerana mirip dgn pengalaman bersama ibunya.
- Rekaan botol ini membantu mencegah kebocoran ketika menyusu
- Botol ini mempunyai leher yg lebar supaya mudah diisi dan dibersihkan.
- Rekaannya yg kemas & ringkas tidak mempunyai banyak komponen.
- Tidak mengandungi BPA.
- Puting botol ini mempunyai banyak variasi mengikut usia anak kita. Puting berbeza ini akan memberikan aliran susu yg berbeza. Semakin besar anak kita, semakin laju aliran susu.
Harga Botol Avent Natural.
Cuba teka berapa harga botol ni? Secara purata, harga 1 botol berada di atas RM50.

Contohnya botol utk bayi baru lahir dgn kapasiti 125ml bernilai RM51. Kalau beli 2 bekas yg sama blh dapat RM91.

Bagi saiz 260ml pula sesuai utk bayi 1 bulan ke atas. Harganya RM61 utk 1 botol.
Aksesori seperti berus mencuci puting dan juga botol jenama avent berharga RM29.
Tapi, kalau nak pakai berus biasa pun tak ada masalah. Terpulang pd kita.
Kita pergi pula pd jenis kedua.
2. Botol Avent klasik
Botol ini termasuk dlm jenis botol standard / biasa dgn rekaan leher yg sempit jika dibandingkan dgn botol jenis natural.
Rekaan botol ini telahpun digunakan sejak thn 1984.
Di bawah ini ibu kongsikan ciri cirinya.
- Injap Anti Colic
- Direka utk mengelakkan kebocoran semasa mkn
- Tulang leher utk mengisi dan pembersihan yg mudah
- BPA percuma
- Puting susu botol klasik avent mempunyai rekaan berbeza utk pertambahan umur anak kita.
- Puting klasik utk anak yg lebih berusia akan mengalirkan lebih banyak susu sesuai dgn perkembangan mereka.
Harga Botol Avent Classic.
Kalau kita bandingkan harga botol klasik dgn natural, murah sikitlah. Persamaannya, kedua dua botol ni anti kolik.
Anak yg minum kurang risiko nak kembung perut sebab rekaannya mengurangkan angin masuk semasa bayi menyusu.
Harga utk botol bayi baru lahir / newborn?

Harganya ialah RM39 utk saiz 125ml.
Nak dapat harga terbaik, beli 2 botol. Blh dapat harga RM65.

Lepas tu, utk saiz 260ml pula yg sesuai utk bayi berumur 1 bulan ke atas bernilai RM46. Botol dlm gambar di atas ni.
Dan akhir sekali utk saiz yg paling besar.

Saiz 330ml utk anak 3 bulan ke atas RM56. Besarnya macam gambar di atas.
Bacaan menarik: Botol susu terbaik? Ini 5 jenama paling bagus!
Tags: #avent #bagusnya #botol #Mahal #Ramai #Suka #Susu