Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

21 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

Biarpun terdapat deretan biskut moden yg berwarna-wani serta rasa disajikan di meja hidangan, biskut tradisional seperti Biskut Bangkit, Biskut Buah Kana, Biskut Kacang Tanah dan sbgnya tetap menjadi pilihan. Khas buat anda, bonda Sharifah Mariam kongsikan aneka resipi biskut raya tradisional yg blh dihasilkan sempena raya ni. Selamat mencuba!

 

1. BISKUT KACANG HIJAU

20 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 110gm marjerin | dicairkan
  • 100gm tepung gandum | diayak
  • 75gm tepung jagung
  • 45gm gula halus
  • 1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit putih telur | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.
  2. Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan blh dicanai.
  3. Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yg telah disapu sedikit marjerin.
  4. Bakar biskut dlm ketuhar pd suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.

Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.

2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH

9 1 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 185gm marjerin
  • 250gm tepung gandum
  • 185gm tepung jagung
  • 95gm gula halus
  • 60gm kacang tanah tumbuk
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur kuning | hiasan
  • Sedikit kacang tanah | digoreng utk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata sehingga sebati.
  3. Keluarkan doh dr mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.
  4. Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.
  5. Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dgn kacang tanah goreng.
  6. Masukkan ke dlm ketuhar dan bakar pd suhu 160C selama 20 minit.
  7. Sejukkan dan simpan di dlm balang kedap udara.

3. BISKUT BIJAN

13 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm marjerin
  • 120gm tepung gandum
  • 70gm gula kastor
  • 40gm tepung kastad
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau sehingga rata.
  2. Masukkan kesemua tepung. Uli sehingga sebati.
  3. Canai dan terap dgn acuan yg bersesuaian.
  4. Sapu kuning telur dan taburkan bijan sbg hiasan.
  5. Bakar di dlm ketuhar selama 15-20 minit pd suhu 160C.

Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dlm balang bg mengelakkan ia menjadi lemau.

4. BISKUT DURIAN BELANDA

10 1 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 375gm tepung gandum
  • 200gm marjerin
  • 75gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit pewarna hijau
  • Jem nanas secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.
  3. Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.
  4. Sapu permukaan biskut yg telah dibentuk tadi dgn kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.
  5. Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.
  6. Bakar biskut pd suhu 160C selama 20-25 minit.

Info chef: Jika suka, blh mencucuk bunga cengkih pd kuih bg membentuk tangkai buah durian belanda.

5. BISKUT BUAH KANA

19 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm gula halus
  • 175gm marjerin
  • 300gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit esen vanila
  • 2 sudu mkn serbuk koko
  • Sedikit jem

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.
  2. Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul sehingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan buah kanan. Ketuk acuan bg mengeluarkan kuih dan susun di dlm dulang pembakar.
  5. Bakar pd suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.
  6. Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia utk dinikmati.

Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bg memudahkan kuih dikeluarkan dr acuan.

6. BISKUT BUNGA CINA

12 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 185gm tepung gandum
  • 190gm gula halus
  • 95gm marjerin
  • 30gm tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit kismis hitam | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.
  3. Isi adunan ke dlm acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dgn kismis.
  4. Bakar dlm ketuhar pd suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

7. BISKUT SUJI

5 2 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm minyak sapi
  • 125gm gula halus
  • 250gm tepung gandum
  • Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:

  1. Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.
  2. Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.
  3. Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.
  4. Bakar di dlm ketuhar pd suhu 160C selama 15-20 minit.

Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.

8. BISKUT BINTANG

15 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm marjerin | dicairkan
  • 90gm tepung gandum
  • 20gm tepung kastad
  • 90gm tepung jagung
  • 40gm gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji kuning telur | hiasan
  • Ceri hijau secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg blh dicanai.
  3. Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.
  4. Sapukan kuning telur dan hiaskan dgn ceri  hijau.
  5. Bakar dlm ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

9. BISKUT BUAH GAJUS

11 1 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung gandum
  • 120gm marjerin | dicairkan
  • 110gm tepung jagung
  • 45gm gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 50gm kacang gajus | ditumbuk hancur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telur | hiasan
  • Sedikit biji gajus panggang | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul sehingga sebati dan rata.
  2. Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan blh dicanai.
  3. Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.
  4. Hiaskan dgn biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.
  5. Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.

Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yg sama bg memastikan ia masak sekata.

10. BISKUT MILO

16 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm tepung agndum
  • 105gm tepung jagung
  • 50gm gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 40gm milo
  • 95gm marjerin | dicairkan

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo sehingga rata.
  2. Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yg diayak bersama tadi. Gaul sebati.
  3. Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan blh diterap.
  4. Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pd suhu 160C selama 20 minit.

11. BISKUT SARANG SEMUT

3 3 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 185gm tepung gandum
  • 95gm gula
  • 125gm marjerin
  • 86gm tepung kastad
  • 1/2 sudu teh vanila
  • Coklat urai secukupnya
  • Cawan kertas secukupnya
  • Pemarut berlubang kecil

CARA MEMASAK:

  1. Pukul marjerin, gula dan esen vanila sehingga hancur dan sedikit kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli sehingga sebati.
  3. Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dlm dulang.
  4. Isikan parutan doh ke dlm cawan kertas dan taburkan coklat urai dgn secukupnya.
  5. Bakar selama 29-25 dgn suhu 160C.

Info chef: Bg memudahkan proses memarut, doh blh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dlm peti sejuk. Doh yg sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.

12. BISKUT TAT NANGKA

4 2 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 135gm marjerin sejuk
  • 180ml air berais
  • 1/2 sudu teh garam
  • Jem nangka secukupnya
  • Kuning telur secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ramas marjerin di dlm tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.
  2. Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dlm peti sejuk selama 20 minit.
  3. Ambil sedikit doh dan terapkan ke dlm acuan tat yg telah disapu dgn sedikit marjerin.
  4. Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dgn lebihan doh yg diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.
  5. Bakar pd suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

13. BISKUT MAKMUR

7 2 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 50gm gula aising
  • 1/2 tin kecil minyak sapi

BAHAN INTI:

  • 100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
  • 65gm gula aising

BAHAN SALUTAN:

  • Gula aising secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung ke dlm kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.
  2. Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yg lembut dan blh diuli.
  3. bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.
  4. Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
  5. Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pd suhu 160C.
  6. Sejukkan biskut seketika dan salutkan dgn gula aising.
  7. Sedia utk dinikmati.

14. BISKUT BANGKIT KELAPA

18 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 160gm tepung ubi
  • 30gm tepung gandum
  • 100gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 90gm santan pekat
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

  1. Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.
  2. Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.
  3. Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dlm bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.
  4. Canai doh dan terap mengikut acuan yg digemari.
  5. Bakar pd suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.

Info chef: Tepung digoreng bg mendapatkan tekstur yg ringan.

15. BISKUT TAT RAGA NANAS

1 3 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm marjerin
  • 185gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 86gm tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esn vanila
  • Jem nanas secukupnya
  • Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul sehingga sebati.
  2. Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.
  3. Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.
  4. Masukkan ke dlm ketuhar dan bakar pd suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Simpan di dlm bekas kedap uadar bg memastikan biskut kekal rangup dlm tempoh yg lama.

16. BISKUT BUAH CAMPUR

14 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 95gm marjerin
  • 125gm tepung gandum
  • 105gm tepung jagung
  • 60gm gula
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 80gm buah-buahan kering campuran
  • Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga sebati.
  3. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.
  4. Bakar biskut selama 20 minit dgn suhu 160C.

Info chef: Guna buah-buahan kering yg berlainan warna utk mendapatkan warna biskut yg menarik.

17. BISKUT ULAS LIMAU

2 2 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 210gm tepung jagung
  • 185gm marjerin
  • 95gm gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50ml jus limau Sunkist
  • Sedikit pewarna kuning
  • 4 biji telur kuning
  • 1 biji telur | sapuan pd biskut

CARA MEMASAK:

  1. Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli sehingga sebati.
  3. Titiskan sedikit pewarna kuning utk mendapatkan warna yg cantik.
  4. Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.
  5. Bakar pd suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Jika suka, blh ditambah sedikit parutan kulit limau di dlm doh.

18. BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

17 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 95gm marjerin
  • 105gm tepung jagung
  • 90gm tepung gandum
  • 95gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • 80gm cornflakes | dikisar kasar
  • 100gm conflakes | salutan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli sehingga semua bahan sekata.
  3. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dlm mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.
  4. Bakar pd suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Jika mahukan rasa biskut yg lebih rangup dan lemak, blh ditambah sedikit hirisan badam panggang.

19. BISKUT MAHKOTA PERMATA

8 2 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 140gm marjerin
  • 125gm tepung gandum
  • 105gm tepung gandum
  • 80gm gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Ceri merah dan ceri hijau secukupnya
  • Kuning telur utk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga agak kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
  3. Tambahkan tepung agndum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Canai dan terapkan dgn acuan berbentuk mahkota. Sapu kuning telur dan atur ceri merah dan hijau di atasnya.
  5. Bakar pd suhu 160C selama 15-20 minit.

20. BISKUT KELAPA

6 2 - Bonda Sharifah Mariam Kongsi 20 Resipi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu.

BAHAN-BAHAN:

  • 230gm marjerin
  • 125gm tepung gandum
  • 60gm gula halus
  • 105 tepung jagung
  • 1 sudun teh esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • 50gm kelapa parut kering | dlm tin
  • 50gm kelapa kering | hiasan
  • Putih telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul gula dan marjerin sehingga hancur dan sebati. Masukkan telur serta esen vanila.
  2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan ke dlm adunan marjerin tadi. Tambah kelapa parut. Gaul sebati.
  3. Canai doh dan terapkan dgn acuan yg bersuaian. Sususn di atas dulang pembakar.
  4. Sapukan putih telur dan tabor kelapa kering sbg hiasan.
  5. Bakar pd suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Jika menggunakan kelapa parut kering yg dihasilkan sendiri, pastikan tumbuk sedikit utk menghaluskan teksturnya.


Carian Berkaitan

resipi biskut kana zaman dulu
Loading...

Tags: #Biskut #Bonda #DuluDulu. #Kegemaran #Kongsi #lama #Mariam #Orang #Raya #Resipi #Sharifah

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.