Bolehkah Penyakit Kencing Manis Disembuhkan?

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah

BOLEHKAH KENCING MANIS SEMBUH?

Sudah byk kali para pakar menegaskan bahawa setakat ini dan sehingga kini penyakit kencing manis belum dpt disembuhkan. Ubatan dan gaya hidup sihat yg disyorkan oleh pengamal perubatan seluruh dunia adalah hanya utk mengawal paras gula dlm badan pesakit.

Diabetes 1 - Bolehkah Penyakit Kencing Manis Disembuhkan?


Justeru, dakwaan pihak-pihak tertentu yg kononnya rawatan mereka lakukan blh menyembuhkan penyakit kencing manis adalah terpencil, kajian tidak menyeluruh dan tidak tepat. Malah jika diteliti semula dakwaan mereka, terdapat byk bias, kecenderungan faktor lain dan konflik kepentingan tertentu.

Saya membaca kajian yg dilakukan oleh Prof Madya Dr Nik Rosmawati dan rakan-rakan dr USM berkenaan rawatan bekam yg berjaya menurunkan paras gula dlm darah pesakit kencing manis. Satu kajian yg bagus utk dinilai dan tahniah atas kejayaan pasukan beliau mengemukakan bukti berkenaan. Namun tidak ada pun satu perkataan yg menyokong bahawa bekam itu satu-satunya kaedah atau rawatan menyembuhkan kencing manis. Bekam adalah rawatan komplimentari, bukannya rawatan utama dlm menurunkan paras gula pesakit kencing manis mahupun merawat pesakit buah pinggang.

Saya menghubungi sendiri Prof Nik Rosmawati utk pengesahan. Beliau menyatakan bahawa pihak tertentu telah mengambil hasil kajian beliau itu diluar dr konteks yg sebenar. Malah jika dibaca ayat demi ayat laporan kajian yg beliau tulis serta bentangkan semasa konferens, tiada pun menyatakan bahawa bekam itu penyembuh kepada kencing manis, sakit buah pinggang mahupun penyakit kolesterol dlm darah. Begitu juga penulisan yg dibuat oleh Prof Abdul Aziz Al Safi dlm buku beliau bertajuk ‘Sains Bekam’, kaedah bekam yg beliau sarankan itupun adalah komplimentari kepada rawatan moden.

Para pengkaji akan senantiasa mencari jalan ke arah inovasi baru dlm rawatan. Terbaharu, pakar dr Universiti Miami berjaya menemui kaedah merawat kencing manis dgn menyuntik sel islet (sel asas pankreas). Di mana sel ini akan berfungsi menggantikan sel-sel Islet asal dlm pankreas seterusnya mengeluarkan insulin bg mengurangkan gula dlm darah.[1] Namun rawatan ini masih lagi diperingkat kajian makmal dan tidak blh lagi diguna pakai kepada seluruh pesakit di dunia secara meluas. Jika fasa kajian telah lengkap, baharulah pesakit-pesakit kencing manis blh menggunakan kaedah terbaharu ini.

Begitu juga kaedah inovasi para pakar dr Poland yg menemui kaedah merawat kencing manis melalui pembedahan perut.[2] Satu penemuan yg memberangsangkan. Namun berapa ramai pesakit kencing manis yg sanggup dan mampu menjalani kaedah rawatan ini? Bayangkan seramai 3.49 juta pesakit kencing manis dlm negara kita, adakah mereka sanggup mengambil kaedah ini?Berapa byk kos akan digunakan? Walaupun penemuan terbaharu itu berhasil dlm satu tahap tertentu, tetapi ianya perlu pula dinilai dr sudut praktikaliti dan kemunasabahan. Adakah ianya berbaloi atau tidak dgn kos dan penyakit yg dihadapi!

Sekian.
Pautan;


[1] Suntik sel Islet dr Universiti Miami. https://medicine-today.net/first-patient-in-diabetes-trial…/
 

[2] Sleeve Gastrectomy.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5106379/


Loading...

Tags: #Bolehkah #Disembuhkan #Kencing #Manis #Penyakit

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Bolehkah Penyakit Kencing Manis Disembuhkan?"