Blurb Preview; Jangan Ganggu Jodohku

SINOPSISBNOVELBJANGANBGANGGUBJODOHKU - Blurb Preview; Jangan Ganggu Jodohku

Aliza tak pernah suka pd mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dlm sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan utk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!

Entah macam mana, Aliza blh jatuh cinta sakan pd Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dgn lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba utk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.
Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dgn hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura utk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!
“Tak sedar diri sungguh perempuan kampung tu, berani nak tackle I! Rumah dia tak ada cermin ke utk cermin diri sendiri?” – Imran.

Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yg sinonim dgn Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.
Siapa sangka, wanita yg disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka utk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dgn pujaan hatinya itu.
“Aku tak nak kahwin dgn Doktor Imran! Dia tak segak, badan busuk, senyum macam badut… Gatal, miang!” – Aliza.

Tak sudah-sudah Imran yg sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.
Apa sebenarnya penyakit aneh yg dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak blh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza? 
Loading...

Tags: #Blurb #Ganggu #Jangan #Jodohku #PREVIEW

author
Author: 
    Cikgu sulizi pelabuhan kasih (dikir barat)
    Dikir barat kelantan.. Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Drama Cinta Untuk Raf | MyInfotaip
    Nantikan drama adaptasi novel ‘Cinta Utk Raf’ karya Rabihah Nur Ridhuan akan ditaygkan
    Pelakon-pelakon suara animasi Upin dan Ipin by CVS Production
    Kenal tak dengan pelakon-pelakon suara animasi upin dan ipin? Comelnyaaaa BAJU RAYA UPIN
    Jalan Syurga (TV2) | MyInfotaip
    Saksikan telefilem ‘Jalan Syurga’ pd Jumaat, 27 Mac pukul 9:30 malam di TV2.

    Leave a reply "Blurb Preview; Jangan Ganggu Jodohku"