Biskut Tutku Koko Pandan

aIMG 4366 1 - Biskut Tutku Koko Pandan

Biskut Tutku Koko Pandan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
175 gm marjerin Pelangi
230 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
120 gm gula kaster
1 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Tambahan :
5 gm serbuk koko + 1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pandan emulco + setitis pewarna hijau

Filing :  Nutella atau coklat masakan

Cara membuat :
Putar marjerin dan gula sehingga sebati.
Masukkan vanilla dan kuning telur, putar sehingga bergaul rata.
Tambah tepung gandum dan tepung jagung yg telah di ayak.
Gaul dgn tangan sehingga menjadi doh yg lembut.

aIMG 4317 - Biskut Tutku Koko Pandan


Bahagian adunan kepada 2 bahagian :
1 bahagian di tambah serbuk koko dan coklat emulco.
1 bahgian lagi di tambah pandan emulco dan pewarna hijau.

IMG 4320 - Biskut Tutku Koko Pandan

Setiap bahagian di gulung memanjang sebesar batang pencil.
Potong kepada bahagian kecil lebih kurang 2gm setiap satu.

aIMG 4330 - Biskut Tutku Koko Pandan

Atur 4 potongan koko dan 4 potongan pandan dlm satu bulatan.
Runcingkan bahagian atas doh dan cantum, temukan di bahagian tengah.
Terbalikkan bahagian bawah doh dan picit nutella di dlmnya.
Ambil sedikit doh dan tutup bahagian bawah supaya filing tidak terkeluar.
Setelah siap, simpan di dlm peti sejuk selama 1/2 jam sebelum di bakar.
Bakar pd suhu 150C selama 30 minit (15 minit di rak bawah dan 15 minit di rak atas).
Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dlm bekas.

aIMG 4360 - Biskut Tutku Koko Pandan
Biskut Tutku Koko Pandan 
Loading...

Tags: #Biskut #Koko #Pandan #Tutku

author
Author: 
    #DapurBujang Ramadhan – Kuih Ketayap.
    Dalam video kali ini, Fendi Balas akan menunjukkan cara untuk membuat Kuih Ketayap
    Indonesian Food Noodles with Egg INDOMIE – Cara masak Mie Instan Yang Enak
    Bantu mencapai 5000 Subscribe ya 😁 Klik Subscribe Gratis 😁 SUBSCRIBE ya mas/mbak
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a

    Comments are closed.