Biskut Sarang Semut Biskut Raya Legend, Cair Di Mulut…

untitled design 38 18 04 873504 1 - Biskut Sarang Semut Biskut Raya Legend, Cair Di Mulut…

Puasa dah dekat. Masa ni mak-mak dah mula membelek buku resipi biskut raya kan. Dlm mencari biskut moden biskut lama jangan dilupa. Bg min biskut Sarang Semut suatu ketika dulu dah dianggap cukup moden dah. Biskut ni dibuat dr tiga jenis tepung iaitu gandum , kastad dan tepung jagung.

untitled design 26 18 22 253570 - Biskut Sarang Semut Biskut Raya Legend, Cair Di Mulut…

Tapi kini dgn pelbagai biskut moden dgn nama omputih yg canggih, biskut ni dah jadi biskut raya penuh nostalgia. Min sukakan teksturnya yg rapuh, dan bila dimakan cair dimulut. Wowww…memang sedap lah. Jom kita cuba resipi perkongsian di laman FB:  Resepi Biskut Raya Sedap.

BISKUT SARANG SEMUT

untitled design 36 18 56 877551 - Biskut Sarang Semut Biskut Raya Legend, Cair Di Mulut…

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm mentega
  • 100gm gula halus
  • 350gm tepung gandum ( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )
  • 100gm tepung kastard ( Mas ikut Noorsha tambah ) 
  • 100gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan Hiasan :

  • sedikit coklat rice
  • sedikit manik gula kecil ( warna warni )
  • secukupnya paper cup kecil

CARA MEMASAK ::
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.

3. Masukkan tepung dan gaul rata

4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dlm cawan kertas.

untitled design 34 18 33 344169 - Biskut Sarang Semut Biskut Raya Legend, Cair Di Mulut…

5.Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.

6. Bakar dlm oven dgn suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit )

7. Sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara.

Resepi : Kak Hanieliza 
Sumber : Noorsha

FB :Resepi Biskut Raya Sedap

Loading...

Tags: #Biskut #Cair #Legend #Mulut #Raya #SARANG #SEMUT

author
Author: 
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Comments are closed.