Biskut Sampan

sampan 1 - Biskut Sampan

Shawal datang lagi..
Rasanya ramai ibu-ibu yg dah mula menyediakan biskut raya utk di hidangkan kepada tetamu yg datang berkunjung ke rumah. Seperti suri rumah yg lain.. ita juga tak terkecuali menyediakan biskut raya sbg persediaan menyambut kedatangan Shawal.

Hari ini ita berkesempatan menyediakan biskut sampan. Biskut pertama yg sempat ita sediakan utk hari raya nanti.

Biskut sampan ni adalah biskut lama, lama pun tak lama jugak, ita rasa ianya popular awal 90 an. Nama biskut ini di ambil bersempena dgn bentuknya yg seakan sampan. Ia menggunakan acuan bentuk sampan yg anda blh dapatkan dr kedai menjual bahan kek dan kuih-muih.

Kalau sebut biskut sampan, ita mesti teringat pd mak cik yg pernah berkeja di rumah ita dahulu. Cik Arah namanya. Cik Arah , pandai buat biskut raya, dia juga pandai dlm bab masak-memasak dan merupakan guru ita yg pertama mengajar ita memasak didapur. Bukan sahaja mengajar ita memasak lauk-pauk tapi beliau juga mengajar ita buat biskut dan kek. Dari cik Arah lah ita belajar menggunakan oven dan periuk kukus..

sampanB2 - Biskut Sampan

Bila hari raya, cik Arah sibuk menyiapkan tempahan, ita siap tolong jualkan biskut raya cik Arah. Alhamdulillah ramai juga orang yg order masa tu.. Kesian Cik Arah.. nak sara keluarga, macam-macam kerja Cik Arah buat..

Dah lama ita tak jumpa Cik Arah.. entah sihat ke dia… Apa khabar dia sekarang.. harap Cik Arah sihat dan di murahkan rezeki selalu…

Amboiii… panjang pulak bersembang , jom kita sambung cerita biskut sampan ni..

Untuk membuat biskut sampan ni ada dua adunan yg perlu di sediakan, pertamannya adalah adunan crust utk membuat shelnya atau sampannya. Dan satu adunan lagi adalah utk membuat intinya. Bagi intinya ada pelbagai versi , ada menggunakan kelapa kering, ada guna nestum, ada guna badam dan bermacam-macam kaedah. Anda blh pilih mana-mana cara ataupun kaedah yg anda suka dan serasi dgn citarasa masing-masing.

BESTB2528352529 - Biskut Sampan

BISKUT SAMPAN
Resepi Oleh : Naz Cute Oven

Bahan-bahan

250 gram mentega – suhu bilik
140 gram gula perang
1 biji kuning telur

1/2 sudu kecil essen vanilla

Bahan Kulit
40 gm tepung jagung
2 1/4 cawan rata tepung rose @ tpg gandum

Bahan Inti nestum
1/2 cawan nestum ( yg ni bole letak lebih ) tapi makesure tidak terlalu pekat
3 sudu besar tepung jagung
* ita gantikan nestum dgn cornflakes dan ita letak juga coconut flakes

Hiasan
Ceri hijau – belah 4
Ceri Merah – belah 4
Badam (dipanggang sederhana garing) – belah dua

Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang. (gula perlu hancur, jika tidak..susah nak bawa keluar dr acuan).
Kemudian masukkan telur, pukul sikit lagi. Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau.
Ambil 1/3 dr adunan utk INTI. Baki adunan utk bahagian KULITnya.

Untuk bahagian KULIT, masukkan tepung jagung, kacau guna senduk. 
kemudian masukkan sikit2 sikit tepung gandum..adun sehingga tidak melekat tangan. 

Kemudian utk bahagian INTI (yg 1/3 adunan tadi tu), masukkan tepung jagung dan nestum..
Kacau sehingga sebati adunan akan lembik sikit tapi  jangan risau memang mcm tu

Kemudian…amik acuan sampan (kalau takde guna acuan tart pun bole) letak adunan kulit tadi bentukkan adunan agar sikit berlurah.
Ambil sudu kecil atau pisau, ratakan bahagian inti nestum td dlm lurah biskut kita tadi buh lebih sikit pun takpa nanti cantik naik bila di bakar.


Sebelum bakar kite deco la biskut kite tadi letak laa ceri, badam..hias ikut kreativiti
Panaskan suhu oven terlebih dahulu dgn suhu 170 – 180 darjah bakar selama 15  minit menggunakan api bawah 
Kemudian bakar lagi 15 minit menggunakan api atas dan bawah
Siap sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara.

sampanB4 - Biskut Sampan


Loading...

Tags: #Biskut #Sampan

author
Author: 
    Resep Cireng Asli Bandung [Kudapan Sunda] | Andriani Mareth
    MY OTHER SOCIAL MEDIA : twitter — https://twitter.com/AndrianiMareth fb — https://www.facebook.com/Mareth08 personal blog
    Resep Pisang Goreng Nugget
    Halo guys! Kali ini saya akan berbagi resep pisang goreng yang lagi hits
    RESEP RAHASIA TELUR GULUNG RUMAHAN ANTI GAGAL #221
    Harga Pembelian Untuk Bikin Telur Gulung Rumahan : – Wajan 11′ Rp. 18.500
    MAGIC!!!….Bihun Goreng Komplit Ala Rida Ini Bikin Ketagihan, Pakai Bumbu Apa Sich ?
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau

    Leave a reply "Biskut Sampan"