Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.

untitled design 3 19 17 048143 1 - Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.

Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal menjelang bermakna Hari Raya Aidilfitri pun bakal tiba. Salah satu biskut popular yg blh dicuba adalah Biskut Snow Almond perkongsian saudari Siti Solehah. Mudah buat dan rasanya sedap. Selamat mencuba!

RESIPI  BISKUT SNOW ALMOND

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm buttercup / marjerin
  • 60gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • Segenggam badam nips

BAHAN A:

  • 65gm susu tepung
  • 60gm tepung jagung
  • 60gm tepung kastard
  • 110gm tepung gandum cap rose
  • 1 sudu teh emplex (sejenis bahan utk merangupkan biskut)

BAHAN HIASAN:

  • Serbuk roti putih secukupnya
  • 200gm coklat masakan
  • 2 sudu mkn cocoa butter

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan-bahan A. Gaul sekata. Ketepikan.

2. Dlm bekas adunan, kacau buttercup, gula dan telur sehingga sebati. Masukkan badam nips. Gaul lagi sehingga sekata.

3. Masukkan campuran tepung ( bahan A) sedikit demi sedikit. Adun sehingga jadi doh.

4. Leperkan doh dan potong petak. Susun dlm dulang pembakar yg telah dialas @ dioles dgn marjerin.

5. Bakar biskut pd suhu 170C selama 25 minit. Bila masak, sejukkan terlebih dahulu.

6. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil. Tambahkan cocoa butter. Kacau sebati.

7. Ambil biskut yg telah disejukkan tadi, celupkan dlm coklat dan salutkan dgn serbuk roti. Biarkan ‘set’ seketika.

57286261 2316084231980795 4184195755814158336 n 19 15 612782 - Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.

8. Simpan biskut dlm balang kedap udara.

57034695 2316084281980790 4115644323968581632 n 19 14 346801 - Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.

Kredit resipi & foto: Siti Solehah


Loading...

Tags: #2019/ #Almond #Biskut #Mudah #Popular #Raya #Resipi #Sedap #Snow

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.