Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dlm Mulut

Loading...

BESTB2528402529 - Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dlm Mulut

Assalamualaikum
Apa khabar rakan-rakan yg di kasihi sekalian..
Dah berapa hari ya kita berpuasa.. dah hampir dua minggu rasanya… pasti ramai yg dah mula buat persediaan utk menyambut kedatangan bulan Shawal.

Semalam sempatlah jalan-jalan ke Angsana, ingat nak cari baju raya utk anak dara.. Adoiii.. susah betul nak cari baju kurung Johor. Rata-rata kedai yg menjual pakaian menjual pakaian berfesyen yg entah apa-apa lah fesyennya.. terfikir sendiri dlm hati.. siapalah nak pakai baju yg fesyen entah apa-apa ntah… kenapa hari raya yg setahun sekali kita tak mengangkat pakaian tradisional turun temurun , nampak manis dan sopan aje.. ini baju dgn renda.. labuci.. manik bagai.. satu dlm kepala terfikir adoiii.. dahlah harganya mahal.. cara penjagaannya juga agak rumit nak kena dry clean, kalau masuk mesen ada terburai semua man-manik tu..

3Y2A1366 - Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dlm Mulut

Ita pun satu.. hihi awal-awal tak nak tempah..
Bukan tak nak tempah.. anak dara ni tak mau tempah.. takut jadi macam thn lepas.. sampai lepas raya baru baju siap. Pdhal sebelum puasa lagi dah hantar.. tapi tak siap jugak..

Kita lupakanlah pasal baju raya tu.. hari ni ita nak kongsikan satu lagi biskut raya yg sempat ita sediakan. Biskut Nestum rangup! bukan sahaja rangup tapi ianya gebu dan cair dlm mulut. Rasanya tak terlalu manis dan sedap jugalah.. bahan yg mudah di dapati dan cara membuatnya pun cukup mudah.

Pada yg sedang memikirkan biskut raya apa yg nak buat blhlah mencuba. jom ita kongsikan resepinya

3Y2A1329 - Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dlm Mulut

BISKUT NESTUM RANGUP DAN CAIR DALAM MULUT
Resepi Oleh : My Resipi

250 gm mentega
120 gm gula aising
250 gm tepung gandum ~ ita letak 200 gm
130 gm tepung jagung
60 gm serbuk badam
40 gm nestum – dikisar
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur

Hiasan
Ceri merah – dihiris halus secukupnya utk hiasan
1 biji kuning telur – utk hiasan

3Y2A1340 - Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dlm Mulut

Masukkan mentega, gula aising dan esen vanilla serta kuning telur telur ke dlm mesin pengadun dan pukul sehingga sebati. ( ita guna senduk kayu je )
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam serta nestum. Uli doh sehingga menjadi doh yg lembut.
Ambil sedikit doh dan bulatkan seperti bola dan tekan dgn garfu @ terapkan dgn menggunakan acuan kegemaran anda. Ulang langkah ini sehingga doh habis.
Susun dlm loyang yg telah disapu mentega.
Sapukan kuning telur dan hiaskan dgn ceri merah/ceri hijau/manik/badam/mengikut citarasa masing2 pd permukaan biskut.
Masukkan dlm ketuhar pd suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.
Simpan dlm bekas kedap udara.

3Y2A1471 - Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dlm Mulut

Loading...

Tags: #Biskut #Cair #Mulut #Nestum #RANGUP

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dlm Mulut"