BISKUT KOKO

BISKUTBCOKLAT - BISKUT KOKO

Assalam buat semua..
Ok..ini cookies homemade yg saya buat utk kudapan anak-anak.
Letak satu balang kat meja depan TV nanti bila-bila menonton blh mkn biskut.
Lagipun sekarang ni biskut tidak terhad pd musim perayaan sahaja.
Sentiasa saja ada biskut yg di buat utk mkn hari-hari
Tu pun kalau ada masa…☺☺
ok..let’s try baking

BISKUT KOKO

Bahan-bahan
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1 biji telur
25 gm serbuk koko
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
1 sudu kecil coklat emulco

Bahan hiasan
telur putih
coklat urai
almond nibs

Cara membuatnya

  • Campurkan semua bahan.
  • Adun sebati sehingga dapat adunan tidak melekat di jari.
  • Canaikan adunan dgn acuan pilihan.
  • Susun dlm dulang pembakar.
  • Sapukan putih telur.
  • Taburkan coklat urai dan almond nibs.
  • Bakar sehingga masak dgn suhu 170’c selama 15-20 minit bergantung pd oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dlm bekas kedap udara.



Loading...

Tags: #Biskut #Koko

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "BISKUT KOKO"