Biskut Cornflakes Rangup

BESTB2528372529 - Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum

Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi biskut raya yg ita rasa sudah semestinya menjadi kegemaran anak-anak. Biskut Cornflake yg rangup dan cara penyediaannya yg cukup mudah. Kalau tak silap resepi asal dr Kak Wan dan ita ambil resepi ni dr blog Mat Gebu

Biskut ni cara buatnya sangat mudah, bahan-bahannya juga mudah dan ringkas. Ita ikut cara Mat Gebu dlm penyediaan biskut ni kerana adunan agak lembik. Sama macam Mat ita pun malas nak tunggu lama bila nak buat biskut ni.. sebab banyak lagi kerja yg menanti. Ita masukkan adunan dlm piping bag dan paipkan atas cornflakes, ya Allah lagi mudah tak melekit-lekit tangan dan kerja membuat lebih lancar dan yg penting tak berselerak dapur.

Bahan-bahannya pun ita guna ikut apa yg ada kat dapur dan ita banyak ikut bahan yg Mat gunakan. Jom kita lihat resepi dan bagaimana cara penyediaannya.

3Y2A1136 - Biskut Cornflakes Rangup

BISKUT CORNFLAKES RANGUP

Bahan-bahan

280 gram mentega
180 gram gula kastor ~ ita letak 160 gm gula icing
1/2 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred B ~ ita guna 1 biji telur A
320 gram tepung red rose @ tepung superfine (che mat guna tepung gandum biasa)*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda baikarbonat*
1/8 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
Cornflakes secukupnya (kurang lebih 500 gram)
* ita tak letak baking powder kerana ita btakut adunan mengembang.

3Y2A1222 - Biskut Cornflakes Rangup
  1. Putar mentega dan gula sehingga kembang, ( ita putar guna senduk kayu aje ) masukkan telur satu persatu dan putar sebati. Tambah esen vanilla, putar perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Adunan memang agak lembut. Rehatkan sebentar (kalau ikut resipi asal, adunan disimpan semalaman dlm peti sejuk, tapi che mat skip yg ni, lepas direhatkan sekejap, terus ajer buat).
  2. Sediakan mangkuk besar, tuang cornflakes dan ratakan. Masukkan adunan dlm beg piping besar, gunting hujungnya dan paip dlm anggaran 1 camca teh dunan ke dlm bekas berisi cornflakes tadi. Buat beberapa biji, kemudian golek2kan dgn cornflakes dan tekan2 sedikit agar cornflakes melekat. Alihkan ke dulang pembakar, jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang bila dibakar nanti. Buat sehingga siap. ( biskut ita tak mengembang kerana 1. ita tak guna baking poeder. 2. ita tak pukul guna mixer ita guna senduk kayu aje.untuk adunan biskut sebaiknya jangan guna mixer sebab kalau terlebih pukul adunan akan mengembang )
  3. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 150C (che mat guna suhu 160C, bergantung pd oven masing2) selama 20 – 25 minit atau sehingga biskut kekuningan. Sejukkan biskut sebelum disimpan dlm bekas kedap udara… Selamat mencuba!!

BESTB2528382529 - Biskut Cornflakes Rangup



Loading...

Tags: #Biskut #CORNFLAKES #RANGUP

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Biskut Cornflakes Rangup"