Biodata Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmud Iskandar

Loading...

Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmud Iskandar diputerakan pd 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anakanda sulung drpada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang Inggeris dr Torquay. Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmud) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dgn Tunku Mahmud.
Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmud Iskandar
Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmud Iskandar

Seperti kanak-kanak yg lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pd 1968 selama dua thn. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

Beberapa thn kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi utk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, beliau kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sbg Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dlm Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sebagai Tunku Mahkota Johor

Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sbg Tunku Mahkota Johor pd 3 Julai 1981 dan telah berdiam di Istana Pasir Pelangi sejak itu. Baginda pernah menjadi pemangku sultan Johor pd 26 April 1984 sehingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sbg Yg di-Pertuan Agong Malaysia yg kelapan. Dlm beberapa thn belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dr ayahandanya yg telah tua termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dlm mesyuarat itu.

Pemasyhuran sbg Sultan Johor

Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pd 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sbg pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yg masih belum disahkan. Pd waktu malam hari yg sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sbg Sultan Johor yg baharu pd esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dgn gelaran Sultan Ibrahim. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yg terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sbg Sultan Johor.

Kemahkotaan Sultan Johor kali ke-4

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yg pertama iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar pd thn 1886 selepas baginda mendapat ilham drpada lawatan baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yg kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Pada thn 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas perkenan baginda yg berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pd 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yg ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yg tidak dapat disiapkan dlm tempoh yg ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.

Pada Januari 2015, Yg Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda utk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pd thn 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini bakal diadakan pd 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yg bermula dr Istiadat Meletak Kerja pd 16 Mac 2015 dan diisi dgn 9 istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.

Istiadat ini akan memperlihatkan kembali tradisi diraja Johor moden yg mempamerkan tradisi gabungan Melayu, Islam dan Barat dlm istiadat itu.
Keluarga

Sultan Ibrahim telah mengahwini Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Idris Shah II dr Perak pd thn 1982. Mereka mempunyai 6 orang anakanda iaitu:

  • Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (dilahirkan pd 30 Jun 1984 (31 thn)). Baginda telah dilantik sbg Raja Muda Johor oleh nendanya, Sultan Iskandar dan menjadi Tunku Mahkota ketika zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.
  • Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (dilahirkan pd 8 April 1986 (30 thn))
  • Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (dilahirkan pd 25 Disember 1988 (27 thn))
  • Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (dilahirkan pd 5 Julai 1990 dan mangkat pd 5 Disember 2015 (umur 25))
  • Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (dilahirkan pd 5 Februari 1993 (23 thn))
  • Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (dilahirkan pd 30 Mei 2001 (15 thn))
Loading...

Tags: #BIODATA #ibni #Ibrahim #Iskandar #Ismail #Mahmud #Tunku

author
Author: 
    Realme 5 dan Realme 5 Pro Resmi Meluncur di Indonesia, Pilih Yg Mana ?
    Realme semakin tancap gas menelurkan beberapa smartphone andalannya dgn fitur-fitur yg semakin canggih.
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg

    Leave a reply "Biodata Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmud Iskandar"