Biodata Tunku Abdul Rahman – “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dr 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pd thn 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pd thn 1963 merupakan salah satu drpada pencapaiannya yg teragung. Biasanya dikenali sbg “Tunku”, beliau juga dikenang sbg “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”.

Biodata Tunku Abdul Rahman – “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”

Biodata Tunku Abdul Rahman - "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia"

Tunku Abdul Rahman

  

Pendidikan Tunku Abdul Rahman

Tunku bermula pendidikannya pd 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya utk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yg kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pd waktu siang dan membaca Al-Quran pd waktu petang.

Pada thn 1913 sewaktu berumur 10 thn, Tunku dihantar ke Bangkok utk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pd thn 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yg aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada thn 1919 ketika berumur 16 thn, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah utk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama utk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid (‘kulit berwarna’) masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yg dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dgn Sultan Perak yg berbaju Melayu, siap dgn tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dgn motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dgn bantuan dan kerjasama drpada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pd thn 1925.

Pada thn 1927, Tunku dihantar semula ke England utk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dgn keputusannya yg lalu. Beliau lulus semester pertama dlm jurusan undang-undang di Inner Temple pd thn 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sbg Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pd thn 1931, dan dilantik sbg Pegawai Jajahan utk Kuala Nerang pd thn berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pd thn 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pd thn 1937, Tunku bertugas sbg Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sbg hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada thn 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yg ketiga utk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pd thn 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pd 1940, beliau dilantik sbg Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yg ketika itu berumur 80 thn, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri drpada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yg ketika itu bersama dgn Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dgn Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dgn tindakan Tunku yg membelakangkannya sbg bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sbg Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pd thn 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sbg Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yg pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pd thn 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dgn Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sbg presiden utk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yg berumur 26 ketika itu, dipilih sbg setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai “Persatuan Pelajar India Islam” yg menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen utk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pd thn 1949. Setelah belajar 25 thn , barulah Tunku layak menjadi peguam.[1]

Seorang yg bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yg digelar “Pesta Bola Merdeka” pd thn 1957. Pd thn berikutnya, beliau dipilih sbg presiden pertama utk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yg beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga

Pada thn 1933, Tunku berkahwin dgn Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yg merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dgn dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pd thn 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dgn Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.

Tunku mengalami nasib yg sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan utk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dgn Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yg juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pd thn 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yg ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yg berbangsa Cina pd thn 1963 dgn rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yg diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pd thn 1949, Tunku ditugaskan utk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sbg Yg Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) utk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pd Ogos 1951, suatu krisis di dlm UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sbg presiden parti dan Tunku dilantik sbg presiden yg baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 thn.

Pada thn 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London utk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pd thn yg berikut, pilihan raya persekutan yg pertama diadakan. Parti Perikatan yg pd saat itu merupakan parti campuran UMNO dgn MCA memenangi 51 drpada 52 kerusi yg ditandingi. Tunku dilantik sbg Ketua Menteri Malaya yg pertama. MIC yg mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pd thn 1955.

Pada thn 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London utk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pd kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sbg tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pd hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai utk menyorak “Merdeka!”. Gambar-gambar Tunku dgn tangan yg diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yg penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yg biasa.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dlm pilihan raya umum pd thn 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pd thn 1963 merupakan salah satu drpada pencapaian Tunku yg teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dlm ucapannya kepada “Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara” pd thn 1961 di Singapura. Pd 16 September 1963, dgn persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yg pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dgn pemasukan Singapura yg menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pd waktu itu, diperlihatkan sbg sebuah parti sosialis yg radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Utk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura utk mencabar kedudukan Lee di sana. Sbg gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yg mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi utk menyokong peninggalan Singapura drpada Persekutuan. Dlm perkataannya, Parliamen harus memilih utk “memutuskan semua pertalian dgn sebuah Kerajaan Negeri yg tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat” berbanding kaedah yg tidak diingini utk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pd 9 Ogos 1965.

Pada thn 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yg memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dgn perkumpulan yg lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pd 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dgn hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yg mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pd 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yg diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sbg Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pd 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sbg Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sbg Presiden UMNO pd Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh ‘Turki Muda’ yg terdiri drpada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kehidupan kemudian Tunku Abdul Rahman

Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yg berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, “Mengenang kembali” (“Looking Back”) dan “Sebagaimana yg Saya Perlihatkan” (“As I See It”) kritis kepada kerajaan, dan pd thn 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dlm UMNO, dgn Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yg digelar “UMNO Malaysia”, tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yg menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yg merupakan kumpulan serpihan UMNO yg diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dgn cergas utk Semangat 46 dlm Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.
Meninggal dunia

Dalam thn-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pd 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

Loading...

Tags: #Abdul #bapa #BIODATA #Kemerdekaan #Malaysia #Rahman #Tunku

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Biodata Tunku Abdul Rahman – “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”"