Biodata Tun Hussein bin Dato’ Onn – Perdana Menteri Malaysia ke-3

Tun Hussein bin Dato’ Onn dilahirkan di Johor Bahru pd 12 Februari 1922, beliau merupakan anak kepada Dato’ Onn Jaafar yg menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pd thn 1946. Ibunya bernama Datin Halimah Hussein.

Biodata Tun Hussein bin Dato’ Onn – Perdana Menteri Malaysia ke-3

Biodata Tun Hussein bin Dato' Onn - Perdana Menteri Malaysia ke-3
Tun Hussein bin Dato’ Onn – Perdana Menteri Malaysia ke-3
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar “Maktab Sultan Abu Bakar”), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sbg kadet pd thn 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sbg pengajar di “Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya” di Rawalpindi.

Bermula thn 1942, beliau terlibat secara aktif dlm peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yg menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia) pd 1945 dan dilantik sbg Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara dr perkhidmatan ketenteraan dgn berpangkat kapten, satu pencapaian yg cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 thn berkhidmat dlm tentera, beliau dikenali sbg seorang yg berdisiplin dan menepati masa. Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sbg Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sbg pegawai daerah utk Klang dan Kuala Selangor.

Semangat Dato’ Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein utk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai bapanya dlm bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sbg Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sbg Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yg pertama pd usia 28 thn. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sbg Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dlm bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sbg Penolong Pegawai Daerah. Pd thn 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yg pertama dan kemudian, pd thn 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Pd thn 1950, beliau dilantik sbg ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Walaubagaimanapun, penglibatan beliau dlm bidang politik mulai pudar apabila cadangan bapanya utk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri dr UMNO, beliau kemudianyannya menyertai bapanya keluar dr UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pd thn 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yg baik, beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dgn melanjutkan pelajaran dlm bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, England dan lulus sbg Barrister-at-Law pd thn 1958.

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pd masa itu, beliau sudah pun berkahwin dgn Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah dan mempunyai enam orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yg ketika itu memegang jawatan sbg Yg Di-Pertua UMNO pd thn 1964. Pd Jun 1969, beliau dilantik sbg Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri drpada arena politik, tapi UMNO telah mencalonkannya sbg calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi kerusi Parlimen ini dgn mudah pd Mei 1969.

Kebangkitan utk berkuasa

Beliau kembali ke politik utk menyertai UMNO pd thn 1968 selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak yg menjadi Perdana Menteri pd ketika itu. Beliau bertanding dan menang dlm pilihan raya umum pd thn 1969 dan dilantik sbg Menteri Pelajaran.

Kenaikan pangkatnya yg pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr. Ismail yg meninggal dunia pd 2 Ogos 1973 sbg Timbalan Perdana Menteri. Pd 15 Januari 1976, beliau dilantik utk menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.

Peranan dan sumbangan

Penyertaannya dlm kabinet Malaysia bermula pd September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila dlm Perhimpunan Agung UMNO thn 1972, beliau telah menjadi salah seorang drpada tiga orang Naib Presiden yg dipilih. Di dlm mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pd 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian drpada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pd 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pd 14 Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.

Berikutan itu, dlm satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pd 17 Januari, beliau telah disahkan sbg pemangku Presiden UMNO. Pd hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau mengangkat sumpah sbg Perdana Menteri Malaysia yg ketiga di Istana Negara. Pd thn 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yg telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dlm menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sbg seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi pd ketika itu, rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita “Teori Domino” komunis. Semasa pentadbirannya pd temboh darurat, usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebatkan malah golongan yg bersimpati dgn aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan yg dikatakan berjaya.

Beliau akan sentiasa dikenang sbg pemimpin yg menyebebkan Malaysia meniti arus pembangunan dgn konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yg diketengahkannya tidak pernah lari dr sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pd ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya utk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dr segi ekonomi dan sosial. Beliau pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pd awal 1981. Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pd bulan April 1981. Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yg sentiasa mencuba utk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yg agak ketinggalan jika dibandingkan dgn kaum-kaum lain terutamanya dr segi ekonomi. Dgn itu, pd 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yg merupakan satu dana amanah bumiputera yg membantu peningkatan ekuiti bumiputera dlm ekonomi negara. Keamanan negara yg diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar utk menjadikan Malaysia sbg sebuah negara yg stabil dr segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau yg terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yg kukuh.

Akibat kesihatan beliau yg merosot, beliau menyatakan hasratnya utk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri drpada kepimpinan negara. Beliau mengambil keputusan utk meletakkan jawatan sbg Perdana Menteri pd 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar “Tun”) pd 18 Julai 1981. Selepas beliau meletakkan jawatannya sbg Perdana Menteri, beliau masih aktif dlm pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS semasa hayatnya. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dgn gelaran Tun yg merupakan anugerah diraja yg tertinggi di Malaysia.

Selepas persaraan

Selepas persaraannya sbg Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dlm pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yg berlaku pd thn 1987, hubungan beliau dgn Tun Dr. Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong “Team B” bersama-sama dgn Tunku Abdul Rahman. Mulai dr saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yg kuat terhadap pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pd hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 thn di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung, dan disemadikan pd hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Keistimewaan Tun Hussein bin Dato’ Onn

Beliau adalah seorang yg amat berhati-hati apabila membuat keputusan yg melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dlm bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sbg seorang yg berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah utk melontarkan kritikan dan komentar dgn harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau adalah seorang negarawan yg disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dgn sifat merendah diri serta jujur. Dlm sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sbg “Penyambung Warisan Yg Terbilang”. Usaha beliau dlm memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dlm konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yg pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yg dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dgn penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dlm keadaan yg stabil dan begitu kukuh pd ketika itu.
Loading...

Tags: #BIODATA #Dato' #Hussein #Malaysia #Menteri #Perdana

author
Author: 
    OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Mknan Percuma
    OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Mknan Percuma ! Tinggal beberapa minggu lagi dah nak
    Senarai penuh pemenang AME 2019
    Senarai penuh pemenang AME 2019: Fesyen MeleTOP – Syafiq KyleArtis Baharu MeleTOP –
    Lirik Lagu Mencuba-Sufian Suhaimi
    Lirik Lagu Mencuba-Sufian Suhaimi bercinta, mengapa setiap percubaan tiadaseperti peluang pertama, pd mulanya

    Leave a reply "Biodata Tun Hussein bin Dato’ Onn – Perdana Menteri Malaysia ke-3"