Biodata Tun Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad – Perdana Menteri Malaysia ke-4

Tun Dato’ Sri Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pd 10 Julai 1925. Dlm buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dlm sijil kelahiran sbg 20 Disember utk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau yg cukup dikenali dgn “Dr. M” merupakan Perdana Menteri Malaysia yg keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, “Che Det” sbg nama pena, beliau banyak menulis dgn artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pd 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).. Ketika penggal kepimpinannya dr 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yg diilhamkan dr kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sbg salah sebuah negara yg berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sbg salah sebuah negara ‘Harimau Ekonomi Asia’
mahat 1 - Biodata Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-4
Tun Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad
 

Biodata Tun Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad – Perdana Menteri Malaysia ke-4

Usaha beliau yg paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dr Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dr IMF yg beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yg diambildikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak

Beliau merupakan seorang tokoh politik yg bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yg mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong “Sistem Ekonomi Pasaran” terkawal sbg alternatif kepada “Sistem Ekonomi Persendirian” dan secara amnya menolak “Pasaran Bebas” (laissez-faire)

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dgn dilabelkan sbg autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubung Akta Keselamatan Dlm Negeri yg beliau terangkan sbg tindakan pencegahan yg hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dgn pelbagai hujah)Selain itu, beliau tidak dapat lari dr tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar ‘projek mega’) yg dibangunkan pd zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pd Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yg membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sbg “Bapa Pemodenan Malaysia” kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yg disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 thn sbg Perdana Menteri menjadikan beliau sbg pemimpin kedua paling lama yg memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dr Indonesia.

Pendidikan Tun Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sbg Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pd thn 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yg sama pd thn 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pd thn 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sbg doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjaya dan keluarga

Pada thn 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sbg pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga thn 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dgn Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pd 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat. Anak-anak beliau adalah:

  •     Marina Mahathir
  •     Mirzan Mahathir
  •     Melinda Mahathir
  •     Mokhzani Mahathir
  •     Mukhriz Mahathir
  •     Maizura
  •     Mazhar
Pada thn 1957, beliau berhenti dr perkhidmatan kerajaan utk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yg terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yg membuka klinik persendirian di Alor Setar yg pd ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik

Dr Mahathir telah bergiat aktif dlm politik sejak 1945 yg mana beliau mengambil bahagian dlm kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pd 1946, beliau adalah salah seorang yg pertama mendaftarkan diri sbg ahli. Sbg Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dgn tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yg mempunyai perkaitan dgn Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dlm pemilihan calon utk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yg rapat dgnnya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dlm pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dlm thn 1964, Dr Mahathir dipilih sbg Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dgn majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pd thn 1965. Dlm Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dgn cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina utk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat drpada keahliannya dlm Majlis Tertinggi UMNO pd 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dlm suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pd 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dlm UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yg mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pd thn 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 thn kemudiannya

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dlm UMNO pd 7 Mac 1972 dan dilantik sbg senator pd thn 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pd pilihan raya umum 1974, yg mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sbg Menteri Pelajaran dlm kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu drpada tiga kerusi naib presiden UMNO pd thn 1975. Pd 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sbg timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yg disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sbg penggantinya. Pd 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yg keempat, dan lapan hari selepas itu sbg Menteri Pertahanan. Pd 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sbg penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar drpada UMNO pd 19 Mei 2008 dlm satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dlm Perhimpunan Agung UMNO 2008 pd Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sbg jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan


Loading...

Tags: #BIODATA #Dato' #Mahathir #Malaysia #Menteri #Mohamad #Perdana #Seri

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Biodata Tun Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad – Perdana Menteri Malaysia ke-4"