Biodata Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi – Perdana Menteri Malaysia ke-5

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi  Dilahirkan pd 26 November 1939 dlm keluarga yg warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sbg guru. Beliau pd mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dlm kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dlm bidang ekonomi dan memilih utk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dlm bidang Pengajian Islam drpada Universiti Malaya pd thn 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sbg Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pd thn 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yg berkuasa eksekutif utk mentadbir negara yg ditubuhkan selepas rusuhan kaum pd Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dlm kementerian yg sama pd thn 1974.
Biodata Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi  - Perdana Menteri Malaysia ke-5
 Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Biodata Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi  – Perdana Menteri Malaysia ke-5

Abdullah berkahwin dgn Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato’ Mahmood pada thn 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pd 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dgn penyakit barah payu dara sejak 2003.

Dalam tempoh kurang drpada 2 thn menduda, beliau berkahwin dgn Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pd 9 Jun 2007.

Beliau dikatakan mementingkan menikmati mkn malam bersama keluarga dan gemar mknan Jepun. Sbg seseorang yg dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis mknan.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dlm Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah ‘Julius Caesar’. Selain dr keluarga sendiri, tokoh yg banyak mempengaruhinya, yg beliau anggap sbg mentor ialah Tun Abdul Razak.

Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ yg mendapat sambutan baik drpada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih drpada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yg dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dlm prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: ‘… Puisi itu pun sebuah puisi yg baik mutunya. Dlm hanya beberapa untaian kata, dgn ungkapan-ungkapan yg bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yg besar, mendalam, luas lagi suci.’

Kulit Buku ‘Ku Cari Damai Abadi’

Antara peristiwa dunia yg meninggalkan kesan yg mendalam pd diri beliau ialah peristiwa 9/11, yg telah mendorong beliau utk memperjuangkan fahaman Islam yg sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.

Beliau juga sangat berminat dgn kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Utk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yg paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Loading...

Tags: #Abdullah #Ahmad #Badawi #BIODATA #Haji #Malaysia #Menteri #Perdana

author
Author: 
    Vocabulary: Flashcard of sports
    Print sets of flashcards for sports, extreme sports or sports equipment, or print
    Vocabulary level 1: Fruits
    Let’s learn all about fruit!! Lesson Summary; Word Bank, Let’s Talk, Word Search,
    Arti Kata Gaul Atika
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Atika, baik itu di dunia
    Dalam Islam Hukumnya Haram, 5 Artis Muslim Ini Pelihara Anjing! No 4 Kini Berhijab!
    slidegossip.com – Anjing dikenal sbg salah satu hewan yg setia dan midah diajarkan

    Leave a reply "Biodata Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi – Perdana Menteri Malaysia ke-5"