Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda | Biodata Elisya Sandha, Anda mesti anda tertanya siapa Elisya Sandha ini? Beliau adalah pendatang baharu dlm industri seni Malaysia ini, yg mana beliau sangatlah berbakat besar dlm bidang lakonan. Aktif berlakon sejak beliau berusia 15 thn lagi, figura cantik ini juga merupakan adik kepada artis popular tanah air yg sudah sekian lama dikenali iaitu Fasha Sandha.

“Angah (Fasha Sandha) tidak pernah menjual nama saya kepada pengarah-pengarah drama mahupun filem kerana dia mahu adiknya berdiri sendiri di atas bakat serta kemampuan yg tidak dipengaruhi oleh mana-mana faktor. Saya juga menolak andaian pihak yg mempertikaikan perjalanan seni yg dilalui dgn mudah kerana saya juga perlu menjalani ujibakat seperti mana artis-artis yg lain yg masih baru dlm industri ini,” – Elisya Sandha

Biodata

Nama penuh: Nur Elisya binti Mohd Faisal
Nama popular: Elisya Sandha
Tarikh lahir: 7 Jun 1999
Umur: 19 thn
Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model, pengacara dan penyanyi
Media sosial: Instagram @elisyasandhaofficial

Fakta Menarik

1. Anak bongsu drpada enam adik-beradik.
2. Adik kepada pelakon Fasha Sandha. Beliau memanggil Fasha dgn gelaran ‘Angah’.
3. Mendapat pendidikan di SMK Convent Bukit Nenas.
4. Aktif dlm bidang lakonan sejak berusia 15 thn lagi.
5. Menidakkan menggunakan nama Fasha sbg batu loncatan utk mencipta nama dlm industri kerana dia juga menghadiri ujibakat sbgmana bintang-bintang baru lain demi mendapat tempat dlm sesebuah produksi drama ataupun filem. 
6. Namun perjalanan awalnya tidak dinafikan byk dibantu oleh nasihat Fasha yg terlebih awal melalui liku-liku hidup sbg anak seni.
7. Kerjayanya diuruskan oleh ibunya sendiri.
8. Antara kritikan negatif yg pernah diterima termasuk digelar “nampak tua sebelum usia” dan bakat lakonan pula pernah dikatakan ‘kayu’. Namun Elisya tidak berkecil hati, malah mengambil komen itu drpada sudut positif .
9. Bercita-cita ingin menjadi akauntan.
10. Penglibatannya dlm drama menerusi Bila Chacha Masuk Asrama (2014), Destinasi G4 (2015), Mamu Mami Gosip (2018), Mimpi Yg Sempurna (2018), Wanita Yg Dikasihi (2018), Mencari Qiblat (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).
11. Manakala telefilem lakonannya pula ialah Aku Mahu Ke New York (2015), Hai Lah Menantu (2015), Cinta Gred A (2017) dan Mat Rukun (2017).
12. Menerusi filem, Elisya pernah terbabit dlm Natchatiran (2015), Anak Mami Nasi Kandaq (2016), Cendol: Kepada Allah Aku Berserah (2016) dan Perjanjian Syaitan (2016).
13. Pernah menghoskan program Misi Kita pd thn 2014.

Foto

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 2 1 - Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 3 - Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 5 - Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 6 - Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Kredit:
1. Wikipedia
2. Utusan
3. BH Online
4. Instagram Elisya Sandha

Loading...

Tags: #BIODATA #Cantik #drama #Elisya #Hati #Kanda #pelakon #Penuh #Pujaan #Sandha

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda"