Biodata Penuh Mira Filzah Pelakon Popular ‘ Pujaan Hati Kanda ‘


Biodata Penuh Mira Filzah Pelakon Popular ‘ Pujaan Hati Kanda ‘Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sbg Mira Filzah (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Beliau merupakan alumni SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan graduan jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Di samping berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, MORA ESSENTIAL yg berkolaborasi dgn seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF SHAWLS. Antara drama yg terkenal lakonan beliau adalah Eksperimen Cinta (2015) dan Cinta Si Wedding Planner (2016).

Biodata Penuh Mira Filzah


1. Pernah bersekolah di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
2. Mula melibatkan diri dlm dunia peragaan ketika berusia 17 thn, kemudiannya berjinak-jinak menceburi dunia lakonan.
3. Penampilan sulung Mira sbg aktres adalah menerusi drama Dunia Lola, memainkan peranan sbg watak utama iaitu ‘Lola’. Dunia Lola merupakan drama televisyen hijabista yg diterbitkan hasil kerjasama bersama Syampu Sunsilk.
4. Kemudiannya, Mira menyepikan diri seketika selama 2 thn drpada dunia seni bg memberi tumpuan penuh kepada pengajiannya di Universiti Teknologi Mara dlm jurusan Perniagaan Antarabangsa.

5. Namun rezeki berpihak kepada beliau apabila mendapat tawaran utk membintangi drama Eksperimen Cinta yg ditunjangi gandingan Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Mira yg memegang peranan watak pembantu iaitu ‘Suraya’ ketika itu ternyata mendapat perhatian ramai.
6. Rentetan itu, nama Mira terus melonjak, apatah lagi pembabitannya terus aktif dlm pelbagai drama televisyen dan antara yg menjadi sebutan termasuk drama Cinta Si Wedding Planner (2016) yg disiarkan di Slot Akasia TV3, Ketupat Palas Mr. Handsome (2016), Abang Bomba I Love You (2016), Meh Sandar Pd Aku (2017), Meh Sandar Lagi (2017), Rahsia Hati Perempuan (2018), Lelaki Kiriman Tuhan (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).
7. Dlm dunia perfileman, Mira baru sahaja membuat kemunculan sulung pd thn ini (2018) menerusi filem ‘Rise: Ini Kalilah’.
8. Utk bidang pengacaraan, antara program popular yg pernah dikendalikannya termasuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, rancangan realiti 3 Juara, rancangan majalah televisyen Mahligai Cinta dan Nona.
9. Sbg penyanyi, Mira pernah menyumbangkan suara utk lagu ‘Sandar Pdku’ (duet bersama Aliff Aziz) utk OST Drama Meh Sandar Pd Aku.
10. Mira juga mampu berbangga dgn beberapa pencapaian dlm karier seninya iaitu selaku pemenang kategori Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2016, Artis Baharu Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29), Aktres Pilihan (Anugerah DFKL 2017) dan Selebriti Harapan Pilihan (Anugerah Stail EH! 2017).
11. Selaku ahli perniagaan, Mira bersama rakan kongsinya mengeluarkan produk kecantikan jenama sendiri iaitu MORA ESSENTIAL serta koleksi tudung MF SHAWLS.
12. Sementara itu, pihak media sering membuat liputan tentang gosip cintanya bersama pelawak Zizan Razak, namun sehingga kini beliau lebih selesa melabelkan status hubungan itu sbg kawan rapat.

Biodata

Biodata Penuh Mira Filzah

Nama penuh: Nur Amirah Filzah binti Badioezaman
Nama popular: Mira Filzah
Tarikh lahir: 2 April 1993

Umur: 25 thn
Tempat lahir: Ipoh, Perak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Pekerjaan: Pelakon, hos, model, usahawan dan penyanyi
Media sosial: Instagram @mfmirafilzah

Kredit:
1. Mstar
2. Sinar Harian
3. Utusan Online [1 ,2]
4. Wikipedia Mira Filzah
5. Instagram Mira Filzah
Loading...

Tags: #BIODATA #Filzah #Hati #Kanda #Mira #pelakon #Penuh #Popular #Pujaan

author
Author: 
    Ini Yg Dijumpai Apabila Operasi Menangkap Pemungut Derma Di Sebuah Pasar Malam, Sungguh Memilukan dan Memalukan
    Ini Yg Dijumpai Apabila Operasi Menangkap Pemungut Derma Di Sebuah Pasar Malam, Sungguh
    Biodata Penuh Siti Saleha Pelakon Wanita Malaysia
    Biodata Penuh  Siti Saleha Pelakon Wanita Malaysia | Siti Saleha Mohd Baharom (lahir 14 Mac
    Viral – Ribuan serangga ‘menyer4ng’ Kota Mekah
    Viral – Ribuan serangga ‘menyer4ng’ Kota Mekah | Seranngan ribuan serangga di kota
    Biodata Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ‘Kembar’ Neelofa, Anak Aziz Desa Jadi Pembaca Bulletin Utama di TV3
    Biodata Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ‘Kembar’ Neelofa, Anak Aziz Desa Jadi Pembaca Bulletin

    Leave a reply "Biodata Penuh Mira Filzah Pelakon Popular ‘ Pujaan Hati Kanda ‘"