Biodata Nizam Rahman, Popular Dgn Parodi & Dubsmash Di Media Sosial

01umno 1519806279 1 - Biodata Nizam Rahman, Popular Dgn Parodi & Dubsmash Di Media Sosial

Bak kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu. Perumpamaan ini sangat signifikan buat Instafamous bernama Nizam Rahman ke lapangan seni hiburan tanah air.

Dek kerana video parodi Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu di Pintu Syurga yg dilakonkannya tular di media-media sosial tiga thn lalu, namanya mula mencuri perhatian dan menjadi siulan orang ramai.

Bermula dr situ, anak jati Batu Berendam, Melaka ini mendekatkan diri dgn aplikasi Dubsmash utk menghasilkan video-video parodi yg kelakar dan menghiburkan para penontonnya tanpa mengenepikan nilai-nilai murni yg berguna kepada masyarakat di luar sana.

Malah, anak bongsu drpada tiga beradik ini turut menjana pendapatan menerusi Insta-Review melalui video-video iklan yg dihasilkannya.

Paling menarik, pemilik nama lengkap Hairul Nizam A.Rahman turut dilamar oleh beberapa pihak produksi tempatan utk menjayakan beberapa drama dan telefilem. Antara drama yg telah dibintanginya adalah Ahli Mesyuarat Tingkap, Kias Ramadan dan Tanah Kubur.

Jangan buang masa, jom kita intip ringkasan biodata dan trivia menarik figura berbintang Sagittarius ini.

Biodata Ringkas Nizam Rahman

Nama Penuh: Hairul Nizam A. Rahman
Nama Komersil: Nizam Rahman
Umur: 28 Thn (2018)
Tarikh Lahir: 28 November 1990
Zodiak: Sagittarius
Asal: Batu Berendam, Melaka
Adik Beradik: Anak bongsu drpada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon & Instafamous (Personaliti Media Sosial)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Tanah Kubur, Ahli Mesyuarat Tingkap & Kias Ramadan.

Laman Media Sosial Nizam Rahman

Facebook: www.facebook.com/nizamrahman.my
Twitter: www.twitter.com/nizam_rahman
Instagram: www.instagram.com/nizam_rahman

Trivia Menarik Tentang Nizam Rahman

  • Graduan Diploma jurusan Perfileman dr Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Pernah mengendalikan program Anugerah Skrin (ASK) 2013 versi atas talian (online).
  • Salah seorang peserta program Maharaja Lawak Mix and Match yg disiarkan secara online dan di laman sesawang rasmi Maharaja Lawak Mega 2017.
  • Turut mempunyai kelab peminatnya tersendiri iaitu Nizam Lovers yg ditubuhkan pd September 2016 lalu.
  • Turut tersenarai dlm carta top lima bg kategori Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017 bersama-sama Vivy Yusof, Mat Lufhti, Luqman Padolski dan MakhlokMacho.
  • Nizam pernah naik berang selepas salah seorang peminatnya menghantar mesej di inbox Facebook dan meminta gambar alat kelaminnya.
  • Figura berkulit putih ini akan memuatnaik sekurang-kurangnya satu atau dua video parodinya dlm masa seminggu.
  • Di samping berkongsi video parodi, Nizam juga turut menyelitkan beberapa artikel dan kata-kata pujangga di laman facebook rasminya.
  • Memasang impian utk berlakon di layar lebar dan memiliki program televisyen tersendiri.
  • Mengeluarkan produk berasaskan body mist berjenama Arjuni by Nizam Rahman.
  • Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
18095921 191621734690286 1304844891687223296 n - Biodata Nizam Rahman, Popular Dgn Parodi & Dubsmash Di Media Sosial

19654719 - Biodata Nizam Rahman, Popular Dgn Parodi & Dubsmash Di Media Sosial

Loading...

Tags: #BIODATA #Dubsmash #Media #Nizam #Parodi #Popular #Rahman #Sosial

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Biodata Nizam Rahman, Popular Dgn Parodi & Dubsmash Di Media Sosial"