Biodata Janna Nick

Loading...

Janna Nick dilahirkan pd 1 Jun 1995 sbg Nurul Jannah binti Muner di Sungai Petani, Kedah, berdasarkan drpada dokumen kelahirannya dan merupakan anak kedua drpada empat beradik dlm keluarganya. Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya. Janna juga bergiat aktif dlm pasukan sorak di sekolah bersama adiknya, Nurul Balqish binti Muner.

Biodata Janna Nick

 

Biodata Janna Nick
Janna Nick

Kerjaya

Lakonan

Ketika memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Janna Nick memulakan kerjaya lakonannya pd 2012 menerusi telefilem Cinta Vlog, yg mana beliau memegang watak pembantu sbg Risa, bersama-sama dgn pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Wawa Zainal, telefilem ini disiarkan di TV9. Seterusnya beliau berlakon dlm drama Ikatan, bersama-sama dgn Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly, ia disiarkan di TV2.

Antara thn 2013 dan 2014, beliau berlakon dlm beberapa drama dan telefilem, antaranya ialah Jodoh, Aku Bukan Orang Gaji dan Syurga di Wajahmu.

Pada 2015, namanya menjadi perhatian ramai apabila bergandingan bersama pelakon Amar Asyraf menerusi siri drama Syurga Nur, yg mana beliau memegang watak utama sbg Nur Jannah, drama ini diarahkan oleh Azman “Jinggo” Yahya dan diterbitkan oleh Sheila Rusly menerusi JS Pictures dan disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia.

Pada thn yg sama, beliau berlakon dlm beberapa drama dan telefilem, antaranya ialah Keluarga Karaoke, Bila Cinta Berbunga, Hidayahmu Ramadhan, Abang Sado Jemur Kain dan sbgnya.

Beliau sekali lagi bekerja di bawah bimbingan Sheila Rusly dan suami, Azman Yahya menerusi siri drama Kau Aku Kita, beliau bergandingan bersama Syarul Ridzwan dan ia disiarkan di TV3 menerusi Slot Lestary. Drama ini melayakkan beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016.

Pada 2016, beliau berlakon dlm drama Anakku Diva di TV3 dan Suami Tanpa Cinta di Astro Ria, beliau bergandingan bersama Shukri Yahaya dan memegang watak sbg Ain Syifa. Beliau juga melibatkan diri dlm pementasan teater apabila membintangi teater yg bertajuk Zombie La La La, beliau memegang watak sbg Me Mang Nak.

Nyanyian

Selain menjadi pelakon, Janna Nick melebarkan sayapnya pula ke bidang seni suara tanah air, apabila beliau melancarkan single pertamanya yg bertajuk, “Mungkin Saja” pd Januari 2016, lagu yg berentak rancak ini dicipta dan ditulis oleh Kuncidemak dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Hikayat Records.

Beliau juga pernah bergiat aktif dlm pertandingan nyanyian semasa zaman persekolahannya.

Loading...

Tags: #BIODATA #Janna #Nick

author
Author: 
    Disindir Soal 80 Juta, Vanessa Angel: Sekarang Udah Naik 800 Juta!
    slidegossip.com – Vanessa Angel seolah tak ada hentinya menuai sensasi usai dirinya bebas
    Dulu Artis Cantik Ini Bangga Punya Pacar Tajir! Putus, Hadiah Mobil Mewah pun Dikembalikan!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Angela Lee tampak bangga karena dirinya
    Bukan Cewek Sembarangan! Ini Profil Putri Tanjung yg Ditunjuk Jadi Staf Ahli Jokowi!
    slidegossip.com – Presiden RI Joko Widodo (Jokowi) akhirnya menunjuk Putri Tanjung sbg salah
    Erick Dwi Guna Yulianto Nangis Setelah Ketahuan Merekam Cewek Ganti Baju Di Mal
    Surabaya –Infokanlah.com Erick Dwi Guna Yulianto, pria perekam video di ruang pas atau

    Leave a reply "Biodata Janna Nick"