Biodata Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak – Perdana Menteri Malaysia ke – 6

Loading...

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) sejak 3 April 2009 sehingga kini. Beliau juga sbg Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yg kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yg ke-7.

 Biodata Mohd Najib bin Abdul Razak – Perdana Menteri Malaysia ke – 6

Biodata Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia ke - 6

Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Latar belakang Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Dato’ Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Selain itu, beliau berdarah bangsawan Makassar iaitu susur galur drpada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan.

Pada thn 1976, Najib berkahwin dgn Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pd thn 1987 beliau bercerai dgn Ku Yie dan berkahwin dgn Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Pendidikan Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dgn Kepujian dlm bidang Ekonomi Industri drpada Universiti Nottingham, England pd thn 1974.
Politik

Najib mula menceburkan diri dlm arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pd 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yg kosong, dgn kematian bapanya. Beliau menjadi ahli parlimen termuda yg pernah dipilih dgn usia 23 thn ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sbg Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pd thn 1978 ketika usia 25 thn. Kemudian, pd thn 1982 sehingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dlm sejarah negara apabila dilantik sbg Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 thn.

Antara jawatan yg pernah disandang dlm kabinet ialah:

    1978-1980 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
    1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
    1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
    1982-1986 – Menteri Besar Pahang
    1986-1987 – Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
    1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
    1995-1999 – Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sbg Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pd thn 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dlm UMNO, beliau dipilih sbg Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pd 1976. Kemudian beliau dipilih sbg ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai thn 1981.

Pada thn 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sbg Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pd 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pd thn 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar utk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dlm pemilihan parti pd thn 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sbg Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dgn mendapat undi sebanyak 36262 menewaskan calon lawan Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin dr PKR yg beroleh 9,798 undi.

Program Transformasi Kerajaan

Kerajaan yg dipimpin oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sedang menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dlm usaha utk meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen. Langkah-langkah yg dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI utk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA utk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik utk kepentingan rakyat.

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah utk meningkatkan kadar ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan. Langkah ini termasuk penggunaan KPI utk memastikan menteri yg terlibat bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka, dgn menggunakan media seperti twitter and Facebook utk berkomunikasi dgn penduduk tentang apa yg sedang berlaku di dlm kerajaan, membuka tender kerajaan supaya rakyat blh terlibat dan mengkritik, dan memberikan pandangan tentang perbelanjaan kerajaan.

Loading...

Tags: #Abdul #BIODATA #Dato' #Haji #Malaysia #Menteri #Mohd #Najib #Perdana #Razak #Seri

author
Author: 
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
    Katanya Berseteru, Atta Halilintar dan Bebby Fey Tertangkap Basah Lagi Dugem di Klub Malam!
    slidegossip.com – Sudah bukan rahasia umum lagi kalau Atta Halilintar dan Bebby Fey

    Leave a reply "Biodata Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak – Perdana Menteri Malaysia ke – 6"