Biodata Azmi Saat, Vokalis Caliph Buskers

01umno 1519806279 3 - Biodata Azmi Saat, Vokalis Caliph Buskers

Sedar atau tidak, terdapat ramai anak Felda yg kini bergelar selebriti popular tanah air sama ada pelakon, penyanyi, pengacara dan model. Antaranya, Siti Nordiana (Nana), Que Haidar, Mawi, Rahmat Mega, Jalil Hamid dan Jaslin Puasa.

Tidak ketinggalan, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat yg berasal dr Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor.

Biarpun cacat penglihatan (buta), Azmi dikurniakan suara yg cukup merdu, mantap dan memukau hati para pendengarnya.

Beliau dan ahli kumpulannya dikenali ramai apabila menyanyikan lagu berjudul Romancinta bersama Mojo di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 di mana meninggalkan kesan yg mendalam kepada para penonton dan penggiat seni tempatan.

Sejak itu, Caliph Buskers terus dilamar menjadi artis rakaman dan merakamkan beberapa single seperti Hanya Pdmu dan Kaulah Dia.

Selain Azmi, kumpulan yg terdiri drpada Orang Kelainan Upaya (OKU) ini turut dianggotai Zaki (gitaris), Nirwan (gitaris), Fendi (dram) dan Nadira (marakas).

Menariknya, pemuda berusia 31 thn ini juga bakat berentap di pentas AJL 32 dgn lagu Sejati menggantikan Faizal Tahir.

Jom kenali lebih dekat dgn figura istimewa berbintang Libra ini.

Biodata Ringkas Azmi Saat

Nama Sebenar: Khairul Azmi Mohd Saat
Nama Pentas: Azmi Caliph Buskers/Azmi Saat
Umur: 31 Thn (2018)
Tarikh Lahir: 27 September 1987
Zodiak: Libra
Asal: Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor
Kerjaya: Penyanyi & Pemuzik Jalanan
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Hanya Namamu, Ayah (duet dgn Edry KRU), Buta (duet dgn Faizal Tahir, Kamulah Dia & Romancinta.

Laman Media Sosial Azmi Saat

Twitter: www.twitter.com/AzmiSaat87
Instagram: www.instagram.com/azmi_saat

Trivia Menarik Tentang Azmi Saat

  • Mendirikan rumah tangan dgn wanita bernama Nazira Muhammad pd thn 2011. Isterinya juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan.
  • Jurujual langsung dan tukang urut merupakan pekerjaan yg pernah dilakukan Azmi sebelum menjadi pemuzik jalanan.
  • Pemuda ini aktif menyanyi sejak kanak-kanak lagi iaitu ketika berusia 10 thn.
  • Tahun 2014 menjadi titik permulaan buat Azmi sbg pemuzik jalanan sehingga kini.
  • Meskipun bergelar artis profesional, Azmi dan ahli kumpulan masih lagi membuat persembahan jalan di pusat membeli-belah SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Monorel KL Sentral dan CIMB Brickfields.
  • Kumpulan Caliph Buskers kini bernaung di bawah label pengurusan milik Faizal Tahir iaitu Faithful Music.
  • Terdahulu, Azmi dan ahli kumpulannya bergelar artis rakaman KRU Music.
  • Paling menarik, single pertama Caliph Busker berjudul Hanya Pdmu menjadi lagu ketuhanan paling popular di pusat karaoke Red Box pd thn 2015.
  • Kumpulannya pernah memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu (AJL) 30 menerusi lagu Hanya Pdmu.
  • Sehingga kini, Azmi memiliki hampir 10,000 pengikut di Instagram miliknya.
18095921 191621734690286 1304844891687223296 n 1 - Biodata Azmi Saat, Vokalis Caliph Buskers

19654719 1 - Biodata Azmi Saat, Vokalis Caliph Buskers

24177264 363344424077483 6465742603185815552 n - Biodata Azmi Saat, Vokalis Caliph Buskers

Loading...

Tags: #AZMI #BIODATA #buskers #Caliph #Saat #Vokalis

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Biodata Azmi Saat, Vokalis Caliph Buskers"