Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit

Siapa yg suka simpan parut ?rasanya mesti tidak ada seorang pun lagi-lagi kaum wanita kan. Nieyl menang tak suka simpan parut, terutama di kawasan-kawasan yg orang lain blh nampak iaitu muka , tangan dan juga kaki. Baru-baru ni nieyl kena bisul di bahagian kaki, bila luka bisul tu dah baik, mknya akan tertinggal kesan parut hitam tu. Serius memang rasa tak selesa ada parut , jadinya nieyl pergi ke Watsons dan beli Bio Oil. Sebab ramai kenalan nieyl kata Bio Oil ini sangat elok utk menyelesaikan apa sahaja masalah kulit. 
IMG 20181028 220810 1 - Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit
Kalau korang tengok dekat kotak Bio Oil ni pun dia ada tulis Bio Oil ni sesuai utk Parut , regangan kulit, tona kulit tidak sekata, penuaan kulit dan kulit kering. Nieyl memang sangat jatuh cinta dgn Bio Oil ni. Ramai yg kata botol kecil tapi harga mahal..Ok memang betul harga dia mahal sedikit tetapi berbaloi sangat sebab kita bukan guna utk minum, guna utk sapu sikit sahaja di tempat yg bermasalah.

IMG 20181114 123541 - Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit

Bio Oil ni blh di sapu sehari 2 kali di tempat yg bermasalah, minimun pemakaian bio oil adalag 3 bulan. So, korang yg baru pakai bio oil ni jangan pula hari ni pakai esok nak parut tu hilang..Memang mustahil lah kan.. 
Dan lagi satu Formulasi Bio Oil ini adalah kombinasi ekstrak tumbuhan dan vitamin yg terampai dlm asas minyak. Ia mengandungi ramuan unggul PurCellin Oil™, yg mengubah konsistensi keseluruhan formulasinya, menjadikannya ringan dan tidak berminyak, memastikan bahawa kebaikan vitamin dan ekstrak tumbuhan mudah diserap. 

Bio-Oil telah menjalani penilaian keselamatan mengikut Peraturan Parlimen Eropah dan Majlis Produk Kosmetik. Profil toksikologi, struktur kimia, tahap rangkuman dan tahap keseluruhan dos pendedahan harian setiap ramuan yg digunakan telah dinilai dan dianggap selamat utk kegunaan (termasuk kegunaan oleh wanita hamil). Jadi, tidak perlu risau utk sapu di kulit anak-anak.

IMG 20181114 123639 - Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit
Bio Oil ada 4 botol yg berlainan isipadu nya. Yg macam nieyl beli ini 60ml dgn harga normal RM34.95 tetapi beli dekat watsons time sale lebih murah lagi. Selain itu ada botol bersize 25ml, 125 ml, 200ml . Nieyl dah sebulan pakai Bio Oil ni, Alhamdulillah…kulit kering nieyl di bahagian buku lali nieyl dah makin elok. Nanti bila dah betul-betul nampak perbezaannya nieyl share dgn korang okay. 
Okaylah itu je hari ini nieyl nak share dgn korang, semoga apa yg nieyl share ni membantu korang yg ada masalah kulit..♥
Loading...

Tags: #Kulit #MINYAK #Pakar #Penjagaan

author
Author: 
    Ini Video Rasmi Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina
    Beberapa keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar
    “Dia Ada Dua Ibu, Doa Ibu Yg Hebat.” – Rata-Rata Puji Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama Laudya Cynthia Bella.
    Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang
    Alamak! Misai Dah Tumbuh La. Ini Jawapan Bersahaja Dari Nur Sajat Apabila Ditanya Tentang Bulu Halus Di Atas Bibir Montok Beliau.
    Ramai peminat terkejut,Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap peny4kit
    Rock Bro! Full Movie
    Rock Bro! merupakan sebuah filem arahan Mamat Khalid yg dibintangi oleh Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi

    Leave a reply "Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit"