Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

IMG 6158 1 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap


Sebelum kita masuk bab resepi dan masakan, saya ingin kongsikan sedikit berkenaan kehidupan di dunia yg memang sementara. Walaupun semua tahu akan hakikat ini tapi kita jarang mengingati saat kita akan menjalani kehidupan yg kekal di akhirat. 

Bagi yg sakit akan mengharapkan kesembuhan, hatta terlantar di hospital juga akan mengingatkan kesembuhan, sedikit sahaja yg mengingati kematian dgn berzikir dan beristighfar di katil hospital. 

Kisahnya sehari sebelum menjelang thn baru, sahabat baik kami sejak dr universiti telah meninggal secara tiba tiba ketika mendapat rawatan di klinik kesihatan. Hubby yg bergegas ke sana sebaik mendapat perkhabaran ada kongsikan kesedihan beliau melihat arwah terbaring keseorangan tat kala isteri arwah menguruskan urusan report dan sbgnya. 

Arwah adalah sahabat baik yg menjadi pengapit Hubby ketika majlis pernikahan dan perkahwinan kami dahulu. Kali terakhir Hubby bercakap dgn arwah ialah ketika utk menjemput ke majlis akikah cucunda kami. 

Bukan kematian arwah yg ingin saya coretkan di sini hari ini. Tetapi bila kami dlm group Whats App rakan rakan kolej amat terasa kesedihannya. Apabila dikongsikan gambar kubur di mana arwah disemadikan, saya sangat terkesan dgn apa yg ditulis oleh salah seorang sahabat iaitu “Kesudahan Sebuah Cerita, Al Fatihah”. 

Ya hidup di dunia ibarat perkisahan satu cerita yg bermula dgn kelahiran dan berakhir dgn kematian. Di antara keduanya terdapat  pelbagai drama dlm kehidupan. Yg berpangkat dan kaya dgn drama kuasa dan harta, yg miskin dgn drama kedaifan dan sbgnya. Drama berakhir dgn kesudahan sebuah cerita. Tiada lagi cerita selepas watak pelakonnya dimatikan. Itulah yg kita semua akan tempuhi tanpa mengira siapa kita pd hari ini. Jadi ingatlah bila berbicara, bila membuat keputusan kerana semuanya akan ada pertanggungjawaban di akhirat. Peringatan buat diri saya juga.

IMG 6159 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap


Resepi Kuih Bingka Ubi Kayu ini saya ambil dr blog Masam Masam Manis di SINI. Tertarik dgn apa yg ditulis sbg bingka ubi yg lembut dan lemak manis menyebabkan saya terus mencari ubi kayu. 
Caranya pun mudah. Ubi kayu yg siap diparut, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau rata dan terus masuk ke dlm loyang. 


Ubi kayu parut tak perlu ditapis atau dimasukkan apa apa tepung kerana ubi kayu ni dah berkanji. Loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dgn syarat kuih telah cukup disejukkan. 

Jika resepi Bingka Ubi saya sebelum ini di SINI, saya tapis dan biarkan air perahan tadi dlm 10 – 15 minit utk mendapatkan sagu ubi yg mendak. Buang airnya dan ambil sagu tadi dan masukkan kembali ke dlm ubi parut. Tapi kaedah hari ini, tak perlu perah. 

IMG 6152 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

Rasa kuih bingka ini sangat sedap. Nyum nyum yummy gitu. Lembut lembut manja sangat, rasanya pula lemak lemak dan secukup jer kemanisannya. Yg paling saya suka, keraknya yg garing. Wallaa 5 potong sekali jalan jer. 

Memang a keeper recipe. Anda blh guna resepi ini. Kalau buat berniaga pun, blh ni. Terima kasih kepada semua yg telah berkongsi resepi ini sebelumnya.


Jom layan resepi yg saya olah sedikit utk memudahkan pemahamannya di bawah ini. Jangan lupa, video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
IMG 6165 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

Bingka Ubi Kayu Yg Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan: 
4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat – dr 1 biji kelapa 
1 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara cara:
Panaskan oven pd suhu 200 darjah Celcius menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas. 

Parut ubi kayu dan sukat. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata sehingga gula hancur. 
IMG 6097 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

IMG 6099 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

IMG 6100 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

IMG 6101 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

IMG 6104 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

Tuang ke dlm loyang berukuran 7 X 7 inci dan ratakan permukaannya. Nota: saya  guna loyang 8×8 inci. 

IMG 6106 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

Masukkan loyang ke dlm ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam atau sehingga bahagian atas bengkang keperangan. 
IMG 6112 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

Untuk mendapat permukaan kuih yg keperangan, tukar api oven pd fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar utk 5 – 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yg dikehendaki. Nota: Saya tak buat seperti ini, sebaliknya bakar lebih 2 jam.   
IMG 6147 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap

Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang. Kuih akan lekang dr tin pembakar apabila ia berada pd suhu bilik.
IMG 6160 - Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap


Loading...

Tags: #Bingka #Kayu #Lemak #Lembut #Manis #sangat #Sedap

author
Author: 
    RESEP SUP BIHUN [CHINESE STYLE]
    1/2 bungkus Bihun (cabe brand) 6 biji Udang (bersihkan kotoran,jangan buang kulitnya) 250gram
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yg Sangat Sedap"